CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 1

Tanpa Tiket, Pengenalan Diri Dan Wang- Budak Keluar Rumah, Menyusup Masuk Dalam Kapal Terbang

[Copy link]
Post time 10-3-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Rio de Janeiro: Menyusup ke dalam pesawat. Itu yang dilakukan seorang budak lelaki yang menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Manaus di utara Brazil, tanpa tiket, pengenalan diri dan wang.


Metro UK melaporkan Emanuel Marques de Oliveira menaiki penerbangan sejauh 2,698 kilometer seorang diri. Dia ditahan ketika pesawat hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.




Foto: Metro UK




Sebelum itu ibunya, Daniele Marques terpinga-pinga dan pasukan mencari dihantar apabila anaknya itu hilang dari bilik tidurnya, pada awal pagi 26 Februari lalu.


Emanuel dipercayai berhasrat melawat bapa saudaranya di Campinas, selepas pernah bercuti di sana bersama ayahnya, pada Januari lalu.


Dua kakitangan lapangan terbang dilihat memeriksa dokumen perjalanan penumpang lain ketika Emanuel yang memakai hoodie berjalan melepasi pemeriksaan.


Polis Brazil berkata, kanak-kanak itu bertindak sendirian dan terlebih dahulu melakukan pencarian di internet mengenai 'cara menaiki pesawat tanpa disedari'.


Dia dipulangkan kepada ibunya yang kemudian memarahinya.




Foto: Metro UK









"Ibu, saya tidak mahu tinggal di Manaus lagi. Saya mahu ke sana. Di sana, saya akan mendapat apa yang saya mahu," kata kanak-kanak itu kepada ibunya.


Wanita itu membalas bahawa tindakan berkenaan tidak lucu dan ia adalah kes serius.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 11:37 AM | Show all posts
nasib baik ko tak kena ikat kat pokok kerengga dik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.559421 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list