Sejak Sharnaaz Ahmad menyokong secara terbuka melalui media sosial tentang persembahan Shila Amzah yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 36, ramai yang mengusik Sharnaaz agar ada harapan untuk mereka kembali bersama semula.
"Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah swt. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu." katanya pada wartawan Utusan Malaysia.
Foto: IG Sharnaaz dan Shila Amzah
Sharnaaz tidak boleh menghalang pengikut atau peminat mendoakan perkara yang baik untuk dirinya. Apa pun soal jodoh ini adalah ketentuan Allah.
"Cuma kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan 'keep my windows open' (terbuka) kepada sesiapa sahaja," jelas Sharnaaz dengan usikan yang diterima.
Bila ditanya tentang isu untuk berbaik semula dengan keluarga Shila Amzah, dia sendiri tidak berdendam.
"Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, penceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya daripada dulu kami tidak pernah bermusuh." jelas Sharnaaz mengakui ada berhubungan dengan Shila selepas bercerai untuk beri kata-kata semangat.
"Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja waktu itu. Tapi bagi saya dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga."
Sharnaaz mendedahkan Shila memang suka genre lagu begitu. Dia tahu sejak mereka pernah bercinta lagi dahulu.
"Sejak kami bercinta dulu, saya tahu memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescene. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu."
"Tapi tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya kejayaan milik dia," tambahnya lagi.
Moga hubungan mereka kekal baik, makin matang dan sentiasa ada bersama untuk memberikan sokongan. - CARI
kesian kan tak kesampaian... kalau lah ada perasaan lagi, harap si Kiki Lala tu takde nak campur lagi urusan hidup Xila Amxia XinXiang ni... biarlah dia uruskan sendiri..dah beranak pinak pun..
masa shaarnaz mula2 cerai dulu i ada terpikir pasal maybe dia boleh balik dgn shila..terlupa masa tu pasal shila dah kawen...who knows later shila pun jodoh dah berakhir
Post time 10-3-2022 12:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nanas siap boleh ingat lg Shila lebih suka bawa lagu genre muzik apa. Jihan pun ada tweet Shila ni suka genre muzik mcm Nanas cakap
Kahwin dapat restu pak lalat dgn mamazie pun bercerai juga uols Shila. Xkemana pun perkahwinan tu. Ikut jelah kata hati & perasaan sendiri lepas ni Shila oii.
shila dulu mmg in love dgn nanas.
masa pilih hero utk mtv patah seribu mmg dia pilih nanas.
lepas tu terus bcinta berlakon sama till dia lari berombak rindu.
Post time 10-3-2022 12:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by umbut at 10-3-2022 12:54 PM
Cam kes hattan ariani ngan almy pas pis pus pun kuat jodoh.. moga ada jodoh. Maybe dulu waktu couple wrong time sekarang masa sesuai dah tiba.. gitewww