View: 1754|Reply: 15
|
Kelly Clarkson Diperintah Bayar Nafkah Kepada Bekas Suami Dan Anak
[Copy link]
|
|
Penyanyi terkenal kelahiran program realiti American Idol, Kelly Clarkson akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, Brandon Blackstock setelah menfailkan penceraian pada Jun 2020.
Pasangan ini menyatakan masalah ketidaksefahaman sebagai punca utama penceraian.
Kredit foto: WorldNewsEra
Sepanjang perkahwinan mereka, Brandon berperanan sebagai pengurus kepada Kelly.
Berkahwin pada 20 Oktober 2013, mereka berdua dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.
Setelah melalui proses penceraian yang memakan masa dan perbincangan tentang hak penjagaan anak serta pembahagian harta sepencarian sepanjang berkahwin, penyanyi yang terkenal dengan lagu Because of You itu perlu membayar suaminya sejumlah wang yang besar.
Pertama, dia diarahkan untuk membayar sekaligus wang bernilai RM5.4 juta dan yang kedua dia perlu memberikan nafkah bulanan kepada suaminya lebih kurang RM481 ribu sebulan sehingga 31 Januari 2024.
Akhir sekali, Kelly juga perlu membayar wang nafkah anak sebanyak RM190 ribu sebulan. Setelah melalui perbincangan, dia akan berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas suaminya itu.
Walaupun begitu kedua-dua anak mereka akan tinggal bersama ibu mereka di kediamannya yang terletak di Los Angeles.
Kredit foto: Daily Advent
Hidup bersama lebih kurang 7 tahun, semestinya mereka memiliki banyak harta bersama. Menurut laporan People, penyanyi terkenal itu mendapat hak memelihara haiwan peliharaan keluarga, pelbagai jenis kereta termasuk Ford Bronco, Ford F-250, dan Porsche Cayenne, serta simulator penerbangan.
Manakala Brandon pula akan memperoleh hak ke atas lembu ternakan, ternakan, anjing gembala, kuda , pelbagai kenderaan termasuk Ford F-350, Ford F-250, ATV dan beberapa kereta salji CAT. Ini termasuklah dengan simulator golf dan beberapa jam tangan mewah, Patek Philippe.
Sekadar informasi, Kelly Clarkson mula mengecap populariti sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa apabila memenangi pertandingan American Idol musim pertama pada tahun 2002.
Sehingga kini dia merupakan antara alumni rancangan tersebut yang paling berjaya dan telah menjual lebih 25 juta album fizikal seluruh dunia.
Sumber: Media Hiburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Senarai macam harta Sadiq Sigaraga... |
|
|
|
|
|
|
|
dah putus lagi byk pulak spend, kesian acik kelly |
|
|
|
|
|
|
|
why kena bayar nafkah bulanan kat ex shuben sampai 2 thn. Tak phm betul law omputeh. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul collect harta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ni ada dalam pre nuptial agrrement sebelum kawen.. bila cerai kan dah mendapat.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
tp dulu mmg sheols ni yg melamar laki die. tak sabar kekdahnye. tu yg pakai main sign nuptial kot |
|
|
|
|
|
|
|
love acik kelly punya show. heshe nyanyi cover kellyoke pon sedap yachhh walaupon banyak lagu indie yang iols tak penah dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bekas isteri kena bayar nafkah kepada bekas suami |
|
|
|
|
|
|
|
Sebabtu kalau tengok filem2 ongputih, ramai perempuan stress Lepas cerai sebab nk kena bayar bekas laki duit |
|
|
|
|
|
|
|
Law sana mmg gtu. sapa2 yg income tinggi kena bayar nfkah. tu penting nya sign prenup b4 kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Susah jadi celebrity kaya dan terkenal semua kena didedahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kelly..kena kerja kerass la lagi camtu |
|
|
|
|
|
|
|
mat saleh ni kalau berkahwin mana ada yg kekal sampai mati (bukan semua ya)
lagi2 kalau retis kt holiwod sana, acik kelly patut dah tahu sediakan payung sebelum hujan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, keje bagai nak rak, tp kena bayar nafkah kat ex-laki |
|
|
|
|
|
|
|
dia punya nafkah kalah pendapatan rakyat marhain setahun |
|
|
|
|
|
|
| |
|