CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Sarawak] Pemuda diarah bela diri berhubung pertuduhan edar syabu dan ketamine

[Copy link]
Post time 10-3-2022 01:05 AM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (tengah) diiring pegawai JKDM semasa berada di lobi Mahkamah Kuching.

KUCHING: Seorang pemuda diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu dan ketamine yang dilakukannya pada September 2019.
Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu terhadap Eric Bong Jong Xiang, 25, setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mahkamah juga berpendapat bahawa terdapat bukti menunjukkan tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tertuduh membela diri pada 23 dan 24 Jun depan.

Sementara itu, tertuduh kini direman di penjara sehingga sebutan kes seterusnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar 751.0 gram syabu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar 407.2 gram ketamine.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 25 September 2019, sekitar jam 3.45 petang di sebuah syarikat pengangkutan awam di Jalan Penrissen di sini.

Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, seramai sembilan saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam, Osman Ibrahim dan Roger Chin.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055744 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list