CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2192|Reply: 0

Kerja syif malam jejas fungsi otak

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:44 AM | Show all posts |Read mode


LINZ, AUSTRIA – Satu analisis terbaharu mendakwa bahawa bekerja secara syif pada waktu malam boleh menyebabkan masalah daya ingatan dan menjejaskan fungsi otak, lapor agensi berita United Press International, semalam.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Occupational and Environmental Medicine itu turut dikaitkan dengan tahap kewaspadaan dan fokus visual yang lebih rendah serta penurunan dalam keupayaan untuk mengawal impuls dan tindak balas situasi.

Keadaan ini berpotensi meningkatkan risiko kecederaan dan kesilapan di tempat kerja.

Berdasarkan data daripada 18 kajian yang secara kolektif melibatkan lebih daripada 18,000 peserta, penyelidik mendapati bahawa pekerja syif malam mempunyai markah lebih rendah pada ujian yang direka untuk mengukur kawalan impuls dan keupayaan membuat keputusan.

“Kajian terdahulu telah mengaitkan kerja syif dengan masalah tidur dan komplikasi kesihatan serius lain, termasuk penyakit jantung, obesiti, diabetes, gangguan mood dan penyalahgunaan bahan terlarang.

“Bekerja di luar kitaran siang malam bakal mengganggu jam dalaman badan atau rentak sirkadian,” kata saintis Universiti Swasta Sigmund Freud, Thomas Vlasak. – Agensi


kosmo.com.my/2022/03/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.479883 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list