CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sarawak] Pemimpin Masyarakat berperanan Sebarkan Maklumat Sahih

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:42 AM | Show all posts |Read mode

PEMIMPIN masyarakat, yang terdiri dari kalangan Ketua Kampung, Tuai Rumah, Penghulu, Pemanca, Temenggong, Kapitan Cina, dan seumpamanya, dilantik oleh kerajaan bagi kawasan-kawasan yang tertentu yang dirasakan memerlukan pelbagai bantuan.

Dalam erti kata lain, mereka dilantik sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’ pihak kerajaan untuk memastikan kesejahteraan komuniti yang diamanahkan kepada masing-masing pemimpin masyarakat terbela.

Mereka juga diibaratkan ‘jambatan’ bagi memudahkan interaksi antara kerajaan dengan rakyat melandasi sebarang dasar yang diformulasikan oleh pihak kerajaan agar difahami oleh rakyat, serta inti pati formulasi itu sampai kepada peringkat akar umbi. Atas sebab itulah mengapa pemimpin masyarakat juga digelar ‘pemimpin akar umbi’.

Dapat kita lihat bagaimana semua kaum yang besar bilangan mereka pada satu-satu tempat akan ada dilantik dalam kalangan mereka pemimpin untuk mewakili mereka.

Justeru, adalah amat dituntut harus ada dalam setiap pemimpin masyarakat sikap ingin menolong rakyat, rapat dengan sumber atasan pihak kerajaan, serta memastikan hanya maklumat yang sahih saja yang harus disebarkan, dengan kefahaman yang jitu bahawa kita semua memerlukan keharmonian dalam setiap kelompok masyarakat.

Sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’  kerajaan para pemimpin masyarakat haruslah sentiasa sensitif terhadap apa jua sebarang salah laku atau salah sebar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab tentang maklumat-maklumat palsu, atau bersifat fitnah, serta memburuksangka terhadap kerajaan.

Pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan harus dibantu oleh pemimpin masyarakat agar disebarkan secara meluas kepada masyarakat dengan pemahaman yang betul, bukan disalah tafsirkan atau sengaja dipersenda-remehkan.

Sebagai contoh, dalam sebuah kawasan yang sebilangan besar masyarakatnya terdiri dari kalangan kaum Cina yang  kurang memahami bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, harus dibantu oleh pemimpin masyarakat agar mereka mendapat maklumat betul melalui terjemahan yang baik.

Dalam erti kata lain, mereka juga bolehlah diibaratkan sebagai ‘promoter’ atau ‘pusat maklumat’ bagi pihak kerajaan untuk memastikan rakyat faham apa itu, sebagai contoh, Dana Anugerah atau Endowment Fund Sarawak (EFS), apa manfaatnya untuk rakyat; atau apa itu Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), siapa yang sepatutnya memanfaatkannya, dan seumpamanya.

Pemimpin masyarakat berperanan memandu rakyat agar memahami hala tuju kerajaan sambil pada masa yang sama berperanan juga untuk mewakili rakyat menyalurkan kehendak dan aspirasi mereka apa yang dimahukan oleh rakyat jelata.

Dalam konteks masyarakat kontemporari, pengetahuan dalam penggunaan media sosial juga perlu dijadikan pendekatan mutakhir mereka.


March 9, 2022







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.121685 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list