CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Sarawak] Vaksinasi penting untuk hidup bersama COVID-19

[Copy link]
Post time 9-3-2022 06:46 PM | Show all posts |Read mode
KOTA SAMARAHAN: Vaksinasi sangat penting untuk membolehkan rakyat negeri ini khasnya hidup bersama COVID-19.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera (gambar) berkata, sebagai endemik COVID-19 akan kekal dalam kehidupan bagi tempoh yang lama.

Oleh itu katanya, setiap individu yang layak harus mendapatkan perlindungan daripada mendapat gejala teruk sehingga memerlukan bantuan oksigen dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), menerusi suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, walaupun vaksin tidak sepenuhnya mencegah dijangkiti, ia terbukti melindungi seseorang daripada menjadi terlalu sakit atau mengalami komplikasi teruk.

"Apa yang hendak saya tekankan ialah bagi mereka yang belum mendapatkan vaksin, mereka harus mempertimbangkannya dengan mengambil kira varian Omicron kini dominan di Sarawak.

"Mereka yang sudah melengkapkan sekurang-kurangnya dua dos vaksin, jika dijangkiti varian Omicron tidak akan mengalami gejala teruk, tetapi tidak bagi mereka yang tiada perlindungan iaitu tiada sejarah dijangkiti atau tidak mendapatkan vaksin, berisiko tinggi untuk terlalu sakit," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2022 di UNIMAS hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik serta membuka sempadan negara bermula 1 April depan.


Dr Perera yang juga Ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) berkata, mereka yang telah melengkapkan dua dos dan belum mendapatkan dos penggalak harus segera melakukannya.

"Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak, ibu bapa harus memanfaat kemudahan penyediaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

"(Saya berpendapat) vaksin terbukti selamat dan diluluskan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), maka mereka harus memastikan anak-anak divaksin dan dilindungi," katanya.

Menurutnya sama seperti golongan dewasa, kanak-kanak tidak divaksin mendepan risiko lebih tinggi mengalami komplikasi serius jika dijangkiti COVID-19 berbanding yang sudah divaksin.

Justeru ujarnya, tiada alasan untuk ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka diberikan suntikan vaksin COVID-19.

Mengulas lanjut mengenai negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19, Dr Perera berkata, ia bukan sesuatu yang unik bagi Malaysia kerana Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah sudahpun membuka pintu sempadan negara masing-masing.

"Saya berpendapat kerajaan perlu mengimbangi risiko kesihatan dan memulihkan ekonomi negara, tetapi ini bukan tugas yang mudah lebih-lebih lagi dengan penularan (varian) Omicron.

"Hakikatnya, bagi Sarawak sebahagian besar rakyatnya sudah melengkapkan vaksinasi mereka begitu juga yang sudah mendapatkan dos penggalak dan dengan program vaksinasi kanak-kanak di negeri ini sudah pun bermula, saya fikir ia langkah seterusnya perlu diambil.

"Pada satu waktu, negara perlu membuka pintu sempadan dan ini seharusnya dilihat masa yang baik untuk berbuat demikian," tambahnya.

Pada masa sama, Dr Perera berharap trend jangkitan COVID-19 di Sarawak ketika ini yang disebabkan varian Omicron akan meningkat dengan pantas dan menurun dengan pantas seperti trend jangkitan di negara-negara yang sudah pulih.

"Diharap pada 1 April nanti trend jangkitan COVID-19 di Sarawak akan menunjukkan penurunan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069727 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list