CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 09/03/2022

[Copy link]
Post time 9-3-2022 06:36 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Kluster baharu dari Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

KUCHING: Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan di Tebingan Sungai Kuching di sini pada Februari lepas telah mencetuskan kluster COVID-19 baharu dengan 21 orang termasuk kes indeks disahkan positif setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata, 59 orang telah disaring dan 32 orang negatif, manakala enam masih menunggu keputusan.

Anggaran pengunjung program empat hari bermula 24 Februari lepas ialah 50,000 orang.

Menjelaskan lanjut JPBNS berkata kes indeks (kes ke-259147) bagi kluster ini merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 45 tahun.

"(Dia) dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 27 Februari 2022 di sebuah hospital perubatan swasta di Kuching. Lima puluh lapan orang kontak rapat telah dikenalpasti dan menjalani saringan, membabitkan 21 orang (termasuk kes indeks) telah dikesan positif," kata kenyataan itu lagi.

Jangkitan adalah berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan mereka semasa menghadiri program tersebut.

Sehubungan itu, individu mempunyai sejarah menghadiri program tersebut di Tebingan Sungai Kuching dinasihatkan untuk membuat pemantauan kendiri dan membuat saringan kendiri sekiranya mengalami sebarang tanda dan gejala.

Sementara itu, 1,727 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kini 272,142.

Dua lagi kematian direkodkan membabitkan seorang lelaki berusia 72 tahun di Hospital Kapit dan seorang wanita berusia 60 tahun di Hospital Mukah yang masing-masing mempunyai latar belakang penyakit ko-morbid.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2022 06:37 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 9-3-2022 10:38 AM










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.089276 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list