|
|
Penyanyi, Sufian Suhaimi menerusi hantaran di Instagram telah berkongsi satu khabar sedih mengenai dirinya telah disahkan positif COVID-19.
Menurut Sufian, dia mengalami gejala batuk dan lenguh pada badan setelah dijangkiti wabak tersebut.
Foto: IG
“Sekarang ni just macam lenguh badan dengan batuk sikit," dedah Sufian.
Di kesempatan itu, dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya agar segera sembuh daripada COVID-19.
“Bukan Civid-virgin lagi. Allah bagi rasa covid. Doakan saya cepat sembuh tau," tulisnya.
Ruangan komen di hantaran Sufian itu disusuli dengan komen rakan selebriti dan peminat yang mentitipkan doa buat dirinya agar diberikan kesembuhan. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|