CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Sarawak] Langgar lari, remaja maut: Saksi diminta tampil

[Copy link]
Post time 9-3-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode


KOTA SAMARAHAN: Orang ramai yang melihat kejadian langgar lari yang mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki di Kilometer 23, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya, di sini semalam diminta untuk tampil memberikan maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata kejadia dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.05 petang membabitkan seorang penunggang motosikal berumur 19 tahun.

Katanya, kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal pulang dari tempat kerja iaitu dari Kota Samarahan menuju ke rumah di Sadong Jaya.

“Semasa bergerak lurus, mangsa dipercayai telah dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti yang datang dari arah bertentangan iaitu dari Sadong Jaya menuju Kota Samarahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian ini boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan Inspektor Syahidah di talian 013-4002055.


sarawakvoice.com/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078865 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list