CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 0

"Jangan Terlalu Mengharap Suami" - Pesanan Che Ta Buat Isteri

[Copy link]
Post time 9-3-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode


Sempena Hari Wanita Sedunia 2022 semalam (Selasa), aktres terkenal Rozita Che Wan, secara peribadi sempat berkongsi makna disebalik sambutan itu untuk dirinya.


Pelakon berusia 49 tahun yang mesra disapa sebagai Che Ta itu berkata, seorang wanita itu perlua menjadi individu serba boleh.


Memetik laporan Harian Metro, kata Che Ta, wanita juga perlu bekerja keras dan kuat dalam melayari perjalanan hidup yang penuh ranjau.


  



"Wanita atau isteri perlu ada di belakang suami tetapi pada masa kini kita harus ubah persepsi itu. Wanita perlu berdiri sama tinggi dengan mereka.


"Saya ada pengalaman, suami bekerja tetapi saya tidak. Namun, apabila kita mempunyai karier sendiri, suami akan menghormati.


"Wanita atau isteri jangan terlalu bergantung harap pada suami. Lelaki ada dua sahaja, sama ada dirampas atau meninggal dunia. Kalau suami diambil orang, biarkan dan jangan menangis," katanya.



  



Pengalaman melihat ibunya membesarkan mereka tujuh beradik selepas kematian bapa juga mempengaruhi cara Che Ta mengendalikan kehidupannya.


Katanya, bapa mereka meninggal ketika ibunya berusia 35 tahun dan masih berpantang selepas melahirkan adik bongsu Che Ta. Namun, ibunya tidak mengharapkan ihsan orang lain tetapi bekerja keras menyara keluarga.


"Keadaan itu membuatkan saya nampak macam mana usaha dan kerja keras mak," katanya. -CARI


  





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.031141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list