CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua wanita warga emas rugi RM390,500

[Copy link]
Post time 9-3-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Kepala Batas: Dua wanita warga emas kerugian sebanyak RM390,500 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya mereka terbabit dalam kegiatan rasuah dan dadah, dalam kejadian berasingan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 60-an dan pesara itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu Isnin lepas setelah mendapati wang dalam akaun bank mereka dikeluarkan secara berperingkat melalui transaksi pindahan wang.

"Dalam kejadian pertama, mangsa kerugian sebanyak RM148,000 dan dia mendakwa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai pendakwa raya yang kononnya mangsa terbabit dalam kes rasuah serta pengubahan wang haram sebelum meminta mangsa memberi kerjasama jika tidak mahu ditangkap.

"Suspek mengarahkan wanita itu membuka satu akaun bank baharu dan memindahkan semua wang miliknya ke akaun itu bagi tujuan siasatan serta mengelak wang tersebut dirampas, mangsa yang takut mengikut segala arahan dengan memindahkan wang simpanannya sebelum memberikan maklumat perbankan kepada suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu yang juga pesara hanya menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas mendapati semua wang simpanan sebanyak RM148,000 yang sudah dipindahkan ke akaun baharunya dikeluarkan secara berperingkat sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, seorang lagi wanita kerugian RM242,500 selepas dihubungi seorang lelaki mendakwa sebagai ejen insurans dan memaklumkan mangsa kononnya terbabit dalam kes tuntutan palsu insurans serta dadah.

Katanya, suspek mengarahkan mangsa untuk mengaktifkan semula satu akaun bank miliknya dengan memasukkan RM280,000 sebagai wang jaminan bagi mengelak ditangkap dan wanita itu yang takut sudah bertindak memindahkan wang simpanan dan pinjaman sebanyak RM242,500 ke akaun itu sebelum memberikan maklumat perbankan kepada lelaki berkenaan.

"Mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas cuba memasukkan baki wang jaminan sebanyak RM37,500 yang dipinjam daripada ahli keluarganya ke dalam akaun baharu itu, namun mendapati kesemua RM242,500 sudah dikeluarkan melalui transaksi pindahan wang sebelum wanita itu tampil membuat laporkan polis," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kedua-dua kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada mana-mana individu yang mengaku sebagai agensi kerajaan mahupun swasta berhubung kesalahan jenayah serta membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.075953 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list