View: 3410|Reply: 23
|
Fadlan Hazim Teruja Pertama Kali Jadi Hero, Tapi Sisi Romantik Dah Berkarat
[Copy link]
|
|
Lebih sedekad dalam industri hiburan, nama pelakon Fadlan Hazim, 30, memang tidak pernah sepi.
Kerjaya lakonannya tidak pernah putus walaupun tidak selalu ditampilkan sebagai watak utama.
Fadlan mengakui watak hero yang romantik sememangnya jarang diperoleh.
Foto: IG
Bukan tidak pernah menjayakannya, tapi beberapa tahun kebelakangan ini dia asyik laku untuk watak antagonis atau jahat.
Justeru, dia cukup teruja apabila buat pertama kalinya menjadi hero untuk drama bersiri Sayang Tak Dikenang di slot Akasia TV3.
Dia berharap lakonannya dalam drama arahan Feroz Kader itu hidup dan menjadi.
"Ketika mula berlakon, memang pernah jayakan watak hero terutama yang romantik. Namun, corak tawaran berubah sekitar 2016 dan lebih kepada antagonis.
"Sejak itu, saya lebih banyak mendapat watak ganas, samseng dan seumpamanya. Ia membuatkan saya sebati dengan tawaran itu dan agak terkejut juga apabila Feroz tawarkan watak hero romantik pula," katanya.
Fadlan mengakui dia sebenarnya tidak sangka diberikan kepercayaan itu apatah lagi untuk slot Akasia. Dia sendiri pun baharu habis penggambaran watak antagonis dengan produksi Feroz.
Jadi, dia agak kekok juga di awal penggambaran kerana perlu mengembalikan semula ciri romantiknya.
Namun, dia bersyukur apabila mendapat tunjuk ajar sepanjang tempoh itu.
"Beberapa hari pertama, saya sebenarnya masih terbawa-bawa corak lakonan sebelum ini yang agak kasar. Namun, pengarah serta pelakon lain banyak membantu untuk saya ubah cara itu.
"Mana tidak, sisi romantik saya pun sudah 'berkarat' dan agak mencabar sebenarnya nak jayakan watak itu. Bagaimanapun, syukur saya dapat juga mendapat rentaknya dan semoga menjadilah watak saya itu dengan baik," katanya.
Cukup terbiasa dengan watak antagonis selama beberapa tahun ini, Fadlan tidak nafikan lakonannya sebagai Raqib Tafzani Raif memang mencabar. Kesukaran itu lebih terasa untuk mendapat momentum seawal penggambaran.
Watak berkenaan memerlukan dia untuk mampu menukar karakternya. Ini kerana, dia bukan saja perlu menjadi romantik bahkan perlu bijak bersikap licik dalam menangani pelbagai situasi.
"Oleh kerana watak itu ada misi balas dendam, saya kena pastikan cara mengendali setiap wanita dalam drama terbabit berbeza. Saya boleh menjadi kaki perempuan dan miang.
"Selain itu, saya juga perlu hidupkan watak yang pandai manis berkata-kata dan penyayang. Nanti boleh tengoklah sepanjang cerita itu, adalah pergolakan tertentu yang berlaku terhadap watak saya," katanya.
Digandingkan dengan Ruhainies dan pelakon baharu Ezzanie Jasny, Fadlan seronok keserasian mereka cukup menjadi terutama dengan Ezzanie kerana itu pertama kali mereka berlakon sama.
"Kalau dengan Ruhainies, saya memang sudah biasa dan pernah berlakon pun dengannya. Kami pun boleh bergurau-senda di set namun cukup serius sebaik penggambaran bermula.
"Saya sedikit risau dengan Ezzanie kerana takut dia fikirkan saya seorang yang agak berlagak. Tapi sebenarnya dengan dia pun mudah nak mesra dan Ezzanie cukup menyenangkan," katanya.
Berkongsi mengenai wataknya sebagai Raqib Tafzani, baginya watak itu cukup menarik dan cukup berbeza buatnya. Ini kerana dia perlu pelbagaikan mood lakonan serta karakter berubah-ubah.
"Misi Raqib adalah untuk menundukkan dua wanita demi membalas dendam untuk adiknya. Saya perlu bijak ubah corak karakter apabila mendekati kedua watak wanita berkenaan," katanya.
Drama bersiri 28 episod itu diterbitkan FJ Pictures, skrip oleh Shida Zali, Amin Shakib dan Mia Marziah. Selain Fadlan, Ruhainies dan Ezzanie, turut berlakon ialah Syafnida Shuhaimi, Andy Teh, Riz Amin, Meor Mohd dan ramai lagi.
Sayang Tak Dikenang mula ditayangkan sejak 4 Mac lalu, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam menerusi slot Akasia di TV3. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
eeeeiii aku geram btl ngn perangai dia dlm citer kul 7 kt tv3 tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
wow byk tayang badan ke cite ni...not bad la..dia jadi jahat pun jahat yg ensem so i suka jela tgk |
|
|
|
|
|
|
|
encem dia ni tapi tek beso nau cam pompuan heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Knp die ni asek ckp first time jadi hero
Aritu i tgok cite lame die ngn saleha elok je jadi hero
Hero romantic jgk
Buruk nye janggut tgl bintik2 cm pondan x abes cukur tu
Mmg kene cmtu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat terjatuh atas lengan fadhlan lalu fadhlan alihkan dgn penuh kelembutan di bahagian dada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Handsome.. harap dapat lebih peluang lepas ni
Bosan dah tengok shukri yahaya kat slot akasia tu |
|
|
|
|
|
|
|
@kakikuDibibirmu
Inikah Fadlan Hazim yg dh kepam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baca betul2, dia kata awal2 berlakon jadi hero, start 2016 stat dapat watak jahat. tajuk tibe tulis pertama kali jadi hero pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 9-3-2022 03:53 PM
Semoga dapat terjatuh atas lengan fadhlan lalu fadhlan alihkan dgn penuh kelembutan di bahagian dad ...
You’re welcome
|
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 9-3-2022 08:03 PM
You’re welcome
Harap terlucut tuala dia |
|
|
|
|
|
|
|
ko mengira macam ko nak tidor dok kira berapa ekor noreen masuk kandang ke? kejap claim pertama kali jadi hero tapi kat bawah tu kata dah pernah jayakan watak hero pulak ko merepek apa ni noreen? |
|
|
|
|
|
|
|
blueberry12 replied at 9-3-2022 05:37 PM
kalau baca betul2, dia kata awal2 berlakon jadi hero, start 2016 stat dapat watak jahat. tajuk tib ...
Oh gitu ke. Haha
Tp muka die mmg jadi klo watak jahat |
|
|
|
|
|
|
|
1st time jadi hero???habis kat astro dulu drama Papa Ricky dia berlakon dengan Elizad bkan ke dia jadi hero? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni lagi ngam jadi watak jahat dari watak baik la. tak pun watak macam dalam cerita shah alam tu. selalu fokus sangat kat watak hero ni boring gak kengkadang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|