View: 3318|Reply: 22
|
"Gaji Dan Elaun Pun Tiada, Satu Sen Pun Tak Dapat!"- Eizlan Yusof Kesal Jawatan Dilucutkan
[Copy link]
|
|
Bekas Perunding Kreatif Kementerian Luar, Datuk Seri Eizlan Yusof menganggap dirinya hanya bekerja sebagai sukarelawan kerana tidak menerima gaji selama empat bulan berkhidmat di kementerian itu.
Eizlan yang ditemui pada sidang media secara virtual, baru-baru ini bagi menjelaskan isu penamatan kontraknya tanpa penjelasan memaklumkan dia umpama melakukan program 'khidmat negara'.
"Selama berkhidmat itu, saya tidak dibayar gaji pun dan hanya bekerja sebagai sukarelawan. Malah, saya pula yang terpaksa menggunakan wang sendiri. Begitu juga dengan elaun, saya tak pernah dapat pun. "Satu sen tak dibayar tapi saya okay saja dan tetap buat kerja atas rasa tanggungjawab kerana nak melihat industri maju. Kita ada matlamat untuk membawa dan melihat industri ini mara ke peringkat yang lebih tinggi," katanya yang juga pelakon.
Foto: Harian Metro
Eizlan berkata, dia dan juga rakannya yang juga bekas Setiausaha Kebudayaan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pernah ke Korea Selatan bagi menjalankan urusan kerja mereka.
"Kami sudah beberapa kali pergi ke Korea Selatan dan kami juga sudah mendapat kepercayaan mereka dalam membentuk 'blueprint'. Itu sebabnya kami berada di kementerian itu.
"Saya sanggup untuk bersama-sama walaupun tiada gaji atau elaun walau satu sen pun. Malah, saya tidak pernah merungut sebab itu tanggungjawab yang dipikul," katanya.
Pada Khamis lalu, media melaporkam Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumumkan kontrak Ahmad Idham, Eizlan dan setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi sudah ditamatkan.
Difahamkan ia berlaku dalam tempoh 24 jam, namun Saifuddin tidak menyebut secara spesifik tarikh kontrak ketiga-tiga individu berkenaan ditamatkan.
Kisah perlucutan jawatan secara mengejut itu bagaimanapun tular di media sosial dan memerlukan Eizlan dan Ahmad Idham tampil membuat penjelasan berhubung kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan.
Apapum, dua figura berkaliber industri seni ini mengakui mereka kesal dan terkilan kerana kontrak kerja itu ditamatkan tanpa alasan serta sebab kukuh termasuk sebarang perbincangan dilakukan.
Mereka juga mendakwa sudah berusaha memberikan perkhidmatan dan kerjasama baik dengan mengikut semua arahan diberikan pihak kementerian sepanjang tempoh bekerja itu.
Terdahulu, lantikan Eizlan dan Ahmad Idham selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia pada 1 November, tahun lalu.
Namun, surat ditamatkan perkhidmatan diterima mereka pada 28 Februari lalu walaupun tarikh sebenar yang tertulis dalam surat berkenaan ialah 23 Februari dan tanpa disertakan alasan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ye ker?
gaji tak dapat tapi dapat allowance kannn...
hihihi...
ke sana sini ikut Menteri Luar kann kalau mereka visit...
hihihii... |
|
|
|
|
|
|
|
naik kapal first class ke busines class tu bayar sendiri ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
muka ko ngan si spanar jaya tu nak buat keje free harap allowance 'untuk buat industri maju'..?
takyah nak membongak laa...
dah tentu2 hidden benefit utk poket memasing ade disitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib laa labu, nak buat camne. hadap jer laa dgn pemimpin gagal kt msia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takde apesal ko gegeh hadap jawatan tu? noreen sangat perangai kata gaji elaun satu sen pon tak dapat? yang ko boleh claim macam2 tu hapa pulak hah noreen? |
|
|
|
|
|
|
|
buto tak dapat gaji.... gaji gred ptd 54 ye, pegawai khas (terbuka) tangga gaji pokok minima rm6000+ hingga RM8000+ .
butoooo dua-dua ekor ni. Dah lantik tu kira dah lalu JPM, dah start dapat gaji ye pukimak. jangan nak teraniaya sangat lah nonok dua ekor ni memang kuat melobi semua post dekat gomen. semua menteri diorg jadi nasi impit. |
|
|
|
|
|
|
|
elaun dptlaa sapa plak nak bayar gaji kalau bukan kakitangan
huh...i terlibat ngan pelantikan pakar negara pun kita bayar elaun bukan gaji...tapi contribute laa |
|
|
|
|
|
|
|
Perunding Kreatif Kementerian Luar
Kalau review balik post2 dalam kementerian ni, agaknye sure banyak post2 yang seumpama ni kan?
official nasi himpit muntri...job scope ape la gamaknye smpai kehulu kehilir pegi obersea, gaji n allowance ribu riban.. |
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan tu mana2 dah pi kan. duit kerajaan juga kan. kan... jauh dh berjalan. so semua kena bayarkan relax je laa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dapat jalan2 free ke Korea beberapa kali tu kira okay la juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kau mmg tak layak pun....sumbangan kau kpd industri suam2 je....ko tu dulu fames sbb dikenali sebagai toyboy je....uwekkkk!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 8-3-2022 11:02 PM
Setakat 4 bulan satu hasil Pon xde cerita..
Klu ikut probation 3bln ko mmg dh fail pon..Apepun tujuan ko resign sbnrnya utk prep PRU bln 5 / 6 nnt kan..kan? Jgn sembanglàaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu pun kewujudan dan fungsinya...so far tak ada apa apa perubahan pun |
|
|
|
|
|
|
|
mulia nya hati mereka....
pergi korean bawa alik blueprint apa? apa kemajuan dr blue print tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kita ada matlamat untuk membawa dan melihat industri ini mara ke peringkat yang lebih tinggi,"
menguap skala langit ke-7 yach.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya tak wujud pun kementerian dorang ni. Tak penting. Sengaja diwujudkan. Benda boleh di adakan dan dilucutkan sekelip mata. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 8-3-2022 12:51 PM
buto tak dapat gaji.... gaji gred ptd 54 ye, pegawai khas (terbuka) tangga gaji pokok minima rm6000+ ...
Kalau tak dapat gaji mesti awal2 dah bising kan. Jawatan. Ada tapi takda gaji. Nipu laa |
|
|
|
|
|
|
|
Statement recycled...the only person yg betul2 nak industri seni maju adalah p.ramlee...2 ketul ni sekadar talentless parasites trying to milk a flop system
|
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa, itu jer lah ko kejarkan kan? Mimbo sungguh dia nih. Jawa kot yang rekemen korang |
|
|
|
|
|
|
| |
|