CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 9

Takut Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua, Eina Azman Buat Ujian Kendiri Setiap Hari

[Copy link]
Post time 8-3-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Pernah positif Covid-19 pada September tahun lalu, pelakon Datin Eina Azman berkata dia mengambil langkah lebih berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dijangkiti buat kali kedua.


Kata Eina, 26, dia melakukan ujian kendiri setiap hari sebelum keluar bekerja dan memasuki set penggambaran.




Foto: IG




"Mengenangkan kes tengah naik tinggi sekarang ini semestinya rasa takut tapi kita pun kena bekerja dan tak boleh nak buat apa.


"Cumanya apa yang saya buat setiap hari lakukan ujian kendiri sebelum penggambaran atau berjumpa orang.


"Saya pernah dijangkiti virus ini, memang saya tak boleh lupa... tak nak lagi terjadi kali kedua sebab anak-anak pun masih kecil, jadi saya cuba jaga sehabis baik," katanya kepada mStar.




  



Eina ditemui semasa sidang media filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang diadakan secara maya, baru-baru ini.


Berkongsi pengalaman berlakon dalam naskhah terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini, Eina berkata dia seronok membawakan watak hantu bernama Cik Mek.


  



"Cik Mek ni watak hantu air, mungkin mula-mula orang akan pelik dan tertanya hantu apa ni? Cabaran watak ini ialah menggunakan dialog dalam bahasa baku, agak susah tapi saya selalu tanya pengarah Amen Khalid dan cuba lakukan setiap babak sehabis baik.


"Banyak kenangan saya tak boleh lupakan antaranya salah satu babak saya perlu berlawan macam bersilat, ini kali pertama saya buat, penggambaran dilakukan di sebuah pantai pada pukul 6 pagi.


"Ceritanya semasa latihan untuk babak itu semuanya okay tapi semasa rakaman betul-betul, hidung saya ditumbuk secara tak sengaja oleh watak Yati, sampai saya terbaring... biasalah dalam penggambaran pasti ada benda yang kita tak boleh jangka.


"Walaupun sakit tapi ini pengalaman menyeronokkan yang saya tak boleh lupakan sepanjang penggambaran filem ini," ujarnya.




  



Kampong Pisang Berbuah Dua Kali masih mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi membawa watak Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).


Istimewa dalam naskhah kali ini, Eina menyanyikan sebuah lagu bersama watak baru Cik Gerhana lakonan Azman Mantra iaitu personaliti media sosial yang pernah tular kerana nyanyiannya.


  



Tampil sedikit berbeza, ini adalah kali pertama menyaksikan universe Kampong Pisang meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.


Filem arahan anak Allahyarham Mamat Khalid iaitu Amen Khalid ini ditayangkan di Astro First saluran 480 sejak Khamis lalu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sentiasa dilindungi
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:54 AM | Show all posts
walaupun sheols macam rempit khampung dot com sikit, tapi meols ada softspot sikit sebab sheols macam lurus, pandai jaga makan minum laki, pandai masak, pandai uruskan anak nampak kemas & lawa...sheols pandai gunakan duit laki sheols sebaiknya... hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 8-3-2022 02:28 PM

Iols baru tgk cite kg pisang tu dia jadi hantu air mok yong kot sbb pakai baju macam mok yong menari2 kat laut.
Iols ingatkan dia mmg pandai silat, scene dia lawan ngan Yati tu menarikla  biasa pompuan gaduh tarik rambut tp nih bersilat. Pastu hat lelaki semua pakat menonton dan bersorak..
so hero dlm cite kali ni watak Yati tu yaaa dia la yg selamatkan kg pisang lawan ngn antu air..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru umur 26 ke?

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 08:28 AM | Show all posts
mcm alien lah dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 08:35 AM | Show all posts
Ketara rupa eina azman xori

ko pergi renovate muka ko sampai jadi mcm muka nyah pondan tua
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 09:42 AM | Show all posts
.HannahMontana. replied at 9-3-2022 08:35 AM
Ketara rupa eina azman xori

ko pergi renovate muka ko sampai jadi mcm muka nyah pondan tua

kesian kan..muda2 dh renovate muka kenapa...dah tu kurus kering cengkung. enjoy je la life kak dh ada laki kaya anak2 comel..kenapa kena try hard sgt nk repair muka & nk body kurus kering tu. x cantik pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 09:44 AM | Show all posts
die ni mcm tkboleh hidup tanpa filter dan mekap..padahal dh mmg lawa dah kulit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 09:56 AM | Show all posts
juruterra replied at 9-3-2022 09:42 AM
kesian kan..muda2 dh renovate muka kenapa...dah tu kurus kering cengkung. enjoy je la life kak dh  ...

mcm rosmah mansor dengan anak dia yana najwa tu buat hidung

tp masa yana najwa tu buat hidung lepas 6-8 bulan terus Najib jatuh bersama BN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.123094 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list