CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Sabah] Jadikan Sabah sebagai hab operasi penerbangan

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode


TERIMA KASIH: Joniston (kiri) menerima cendera kenangan daripada Mohamad Azri.

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan dijemput untuk menjadikan Sabah sebagai operasi mereka khususnya apabila sempadan negara dijangka buka tidak lama lagi.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, potensi dan rekod prestasi Sabah harus dijadikan semangat pembakar bagi semua pihak berkepentingan untuk terus bekerjasama bagi mengenal pasti serta merebut peluang baharu untuk menggiatkan semula industri pelancongan antarabangsa.

“Sebelum pandemik COVID-19, Sabah boleh diakses melalui penerbangan terus dari 20 bandar antarabangsa utama dengan lebih 220 penerbangan setiap minggu, terutamanya dari rantau Asia Utara.

“Selain itu, terdapat lebih 400 penerbangan domestik yang menghubungkan 10 destinasi di Malaysia. Memandangkan banyak negara membuka sempadan mereka mulai Mac, kami percaya Malaysia akan turut serta tidak lama lagi," katanya pada majlis makan malam bersama Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini, pada Jumaat.

Joniston yang juga Pengerusi STB yakin bahawa industri pelancongan antarabangsa akan pulih, walaupun tidak sama seperti sebelum ini.

Katanya, penyertaan dan sokongan syarikat penerbangan adalah penting untuk membantu mempromosikan negeri ini serta mewujudkan semula kerjasama bagi akses baharu ke Sabah.

Sementara itu, Pengerusi AOC, Mohamad Azri Mohammad Rashad berkata, penerbangan Air Asia, Malindo Air, dan MAS bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu mencatatkan muatan pesawat yang tinggi.

“Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mempunyai 70-80 peratus muatan. Ia adalah angka yang agak tinggi.

“Malah bagi Sabah, terdapat tiga sehingga empat penerbangan dalam sehari berbanding Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu dan Terengganu. Jadi, saya berasa berbesar hati berada di sini, dan pada masa sama, kami mahu terus merangsang ekonomi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054028 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list