CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Pulau Pinang] Solat sunat tarawih dibenarkan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-3-2022 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Solat sunat tarawih dibenarkan di Pulau Pinang
| | 05 Mac 2022


Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau di Pulau Pinang ketika ini, akan turut diguna pakai untuk pelaksanaan solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan nanti.


Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pihaknya, turut membenarkan pelaksanaan solat sunat Terawih secara berjemaah dengan bilangan lapan atau 20 rakaat pada Ramadan tahun ini.


"Tak ada SOP khusus, sama sahaja. Sama ada solat sunat Tarawih atau tidak, SOP sama. Namun keputusan untuk melaksanakan lapan atau 20 rakaat solat sunat itu, ia bergantung kepada pihak pengurusan masjid dan kapasiti ruang di masjid atau surau terlibat.


"Kita serahkan kepada pengurusan masjid untuk tentukan, kalau keadaan di masjid atau surau pengurusan dapat mengawal jemaah dan ikut SOP, mereka boleh laksanakan 20 rakaat, tapi jika keadaan masjid sempit atau sukar untuk kawal jemaah yang ramai, pengurusan masjid kena ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Taman Bandaraya di sini, pada Sabtu.


Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2022 peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Chong Eng.


Pada Jumaat, media melaporkan umat Islam di negara ini berkemungkinan digalakkan menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah lapan rakaat, berbanding 20 rakaat.


SOP itu dibayangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ekoran kekhuatiran penularan varian Omicron melibatkan jemaah ketika ini.


Bagaimanapun menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, perkara itu masih lagi tertakluk ketetapan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Sementara itu bagi aktiviti moreh, Ahmad Zakiyudin berkata, pengurusan masjid atau surau digalakkan untuk membungkus makanan tersebut, dengan memberikannya kepada jemaah, berbanding mengadakan majlis di kawasan masjid.


Katanya, selain itu, majlis berbuka puasa di kawasan masjid atau surau pula sekiranya diadakan, ia perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dari segi jumlah kehadiran jemaah ke majlis tersebut.


Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penganjuran bazar Ramadan di Pulau Pinang, beliau berkata ia dibenarkan dengan mengikut SOP sedia ada yang telah ditetapkan untuk para penjaja di negeri Pulau Pinang.


"Bazar Ramadan di negeri ini dibenarkan dengan SOP yang ada sekarang ini melibatkan para penjaja,” katanya. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kan-di-Pulau-Pinang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.106122 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list