CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Sarawak] Muzium Budaya Borneo destinasi wajib dikunjungi pelancong di Sarawak

[Copy link]
Post time 5-3-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode


Tun Taib melihat koleksi artifak yang terdapat di Muzium Budaya Borneo. Turut kelihatan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib (dua kanan), Abang Johari (kiri) dan Abdul Karim (tiga kiri). -Gambar UKAS

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) yang baharu dirasmikan dan dibuka kepada umum pada 9 Mac ini akan menjadi destinasi wajib dikunjungi bagi pelancong yang tiba di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebagai tambahan, BCM pasti akan memanjangkan penginapan pelancong bersama-sama tarikan lain yang akan datang di negeri ini.

“Pembukaan BCM adalah tepat pada masanya dimana pelancongan menjadi penyumbang ekonomi penting dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mana-mana negara.
“Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching, muzium ini akan meningkatkan imej Bandar dan menjadi pemangkin segera kepada pemulihan Bandar.

“Saya yakin Muzium Budaya Borneo, selain Muzium Sarawak lama akan menjadi kebanggaan rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Muzium Budaya Borneo oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud malam Jumaat.

Hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri.  

Mengulas lebih lanjut mengenai muzium tersebut ia merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara dengan ruang pameran berkeluasan lebih daripada 6,000 meter persegi dengan keseluruhan keluasan lantai lebih kurang 31,000 meter persegi.

Muzium ini mempamerkan objek mengenai sejarah semula jadi, arkeologi dan budaya yang ada di Sarawak secara bertema bersama-sama dengan galeri kanak-kanak dan juga galeri seni dan kraf.

Ia dilengkapi dengan bangunan Annex bersebelahan yang dikhaskan untuk pejabat kakitangan, kawasan penyimpanan koleksi dan makmal.

BCM juga merupakan sebuah muzium moden yang canggih dengan kandungan digital bagi meningkatkan interaksi antara pameran dan pelawat agar kekal relevan dengan perkembangan global.

Dalam pada itu persiapan jalan cerita bagi pameran di muzium ini mengambil masa dua tahun dengan tiga tema dipilih bagi ruang pameran di Aras 3,4 dan 5.

Tema bagi pameran di Aras 3 ialah ‘In Harmony With Nature’ manakala pameran di Aras 4 dan 5 bertemakan ‘Time Changes’ dan ‘Objects of Desire’.

Manakala bagi Aras 2, terdapat pameran berasingan dengan tema ‘Love Our Rivers’ yang mana direka khusus untuk memperkasakan imaginasi, kreativiti dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak.

Muzium akan dibuka kepada umum pada 9 Mac ini dan pelawat digalakkan untuk membuat pra-tempahan lawatan mereka.

Kemasukan terhad kepada 500 pelawat pada satu masa dan tempahan boleh dibuat mulai 1 Mac yang lepas.


utusanborneo.com.my/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.674236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list