CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sarawak] Pemergian Temenggung Ang kehilangan besar kepada masyarakat Limbang

[Copy link]
Post time 4-3-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode


LIMBANG: Pemergian Temenggung Ang Kheng Su (gambar) yang meninggal dunia pada petang Khamis merupakan satu kehilangan besar bukan saja kepada komuniti Cina di bahagian ini, tetapi turut dirasai seluruh masyarakat di sini.

Bagi Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, mendiang Temenggung Ang amat disegani dan sangat rapat dengan agensi-agensi kerajaan di bahagian ini.

“Pemergian Temenggung Ang amat dirasai dan satu kehilangan besar bukan saja bagi masyarakat Cina tetapi semua lapisan masyarakat  secara keseluruhannya.

“Kehilangan pemimpin ini memberi kesan terhadap keakraban hubungan dan kerjasama yang dijalinkan bersama agensi kerajaan selama beliau menjadi ketua masyarakat kaum Cina,” katanya kepada media, hari ini.

Sufian berkata, mendiang Temenggung Ang disifatkan sebagai ‘ayah’ yang banyak memberi tunjuk ajar dan mesra, selain menghabiskan masa berbakti untuk kesejahteraan, kebajikan dan keperluan masyarakat  Cina khususnya.

“Kita turut bersedih dan bersimpati dan berharap agar keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Sufian berharap legasi dan kepimpinan yang ditunjukkan mendiang Temenggung Ang akan menjadi inspirasi dalam melahirkan tokoh pemimpin seperti beliau.

Mendiang Temenggung Ang, 93, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di perumahan Batu Biah pada jam 2.30 petang Khamis.

Jasad mendiang akan dikebumikan di Tanah  Perkuburan Cina di Jalan  Pandaruan pada Sabtu ini, kira-kira jam 11 pagi.

Mendiang yang mula berkhidmat sebagai temenggung pada tahun 2004 pernah menerima  Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Setia Bintang Sarawak(PSBS) pada 2020 atas perkhidmatan cemerlangnya sebagai pemimpin ketua masyarakat Cina di sini.



utusanborneo.com.my/2022/03/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059831 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list