CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Sarawak] Projek ALAF dibiayai penuh kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:37 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Penduduk di 10 buah kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai kini boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan siapnya projek Skim Dana Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF).

Ia antara 31 projek ALAF Bekalan Elektrik Luar Bandar bagi DUN Pantai Damai yang melibatkan seramai 406 isi rumah.

Kampung terbabit adalah Kampung Sungai Berdaun, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lumut, Kampung Buntal, Kampung Telaga Air, Kampung Selang Laut, Kampung Temedak Melayu, Kampung Bintawa Tengah, Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Bintawa Hulu dengan melibatkan seramai 406 isi rumah.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, ALAF merupakan satu inisiatif kerajaan Sarawak bagi meringankan beban masyarakat luar bandar.

“Bagi pemohon yang layak, kos pemasangan elektrik ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak dan Sarawak Energy Berhad sebagai agensi pelaksana bagi projek elektrik ini.

“ALAF adalah program berterusan yang dilaksanakan secara berperingkat untuk membekalkan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar untuk pemohon yang tertinggal atau lewat apabila infrastruktur pembekalan elektrik telah siap,” jelas Datuk Julaihi ketika berucap di majlis pelancaran Skim ALAF Bekalan Elektrik Luar Bandar di Kampung Buntal pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sebanyak 21 kampung kini sedang dalam peringkat pelaksanaan, dalam survei dan reka bentuk tapak serta dalam perancangan pelaksanaan.

“Dengan terlaksananya projek siap sepenuhnya ini, para penduduk kampung dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam.

“Selain itu, dalam melaksanakan projek penyambungan elektrik luar bandar, Kementerian saya dan Sarawak Energy Berhad mendapat kerjasama yang baik daripada komuniti yang memberi izin lalu agar projek pelaksanaan ini dapat berjalan lancar.”


sarawakvoice.com/2022/03/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.070471 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list