CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 6

aduhai..bulan puasa pun buat hal

[Copy link]
Post time 3-9-2010 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Penyelia sepak pelatih    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/09/03
                                      

   
              
KUALA LUMPUR: Seorang gadis pelatihdi sebuah institut kolej perubatan swasta yang keletihan disepak danditampar penyelianya gara-gara mangsa didakwa lembap ketika melakukantugas amalinya. Mangsa yang berusia 20 tahun dipukul menyebabkandia pening dan hampir pitam ketika melayan pesakit di Hospital KualaLumpur (HKL) di sini.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari,kelmarin, mangsa yang menjalani latihan amali di sebuah wad di HKLmenerima arahan penyelianya supaya mengangkat seorang pesakit di katildalam sebuah wad di hospital berkenaan.

“Mangsa akur arahanitu, namun penyelia terbabit tidak berpuas hati sebelum memarahi mangsayang didakwa terlalu lembap ketika melakukan tugas.

  “Mangsa memberi alasan terlalu letih menyebabkan dia tidak berdaya untuk mengangkat pesakit berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, jawapan mangsa mengundang marah penyelia terbabit yangmenampar dan menendang menyebabkan mangsa terhoyong-hayang dan pening.

  “Kejadian itu turut mengakibatkan mangsa malu apabila berlaku di hadapan pelajar lain dan staf hospital berkenaan,” katanya.
  Susulan itu, mangsa membuat laporan kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 02:08 PM | Show all posts
Tangkap sama itu Penyelia!!! Tangkap dia!

Jap.. dia sorang je ke yang angkat pesakit tu?.. dia angkat pesakit ke atas katil lain ke? ke dia angkat pesakit tu ke atas kerusi roda?.. pesakit tu berat ke tak berat? apsal penyelia tu tolong dia angkat? Penyelia tu ada tekanan jiwa ke? Penyelia tu tengah period ke? Penyelia tu.. pompuan kan?

Kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:11 PM | Show all posts
ntah hape2 penyelia tuh...kasi masuk jail je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:13 PM | Show all posts
ye ye ye jer berita nie.. entah2 mcm cerita budak sekolah kat penang ari tue, salah dia tapi kat dalam paper ckp salah cikgu... aparraa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:13 PM | Show all posts
macam sewel je penyelia tu..
penyelia over stress maybe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:15 PM | Show all posts
Meme ada penyelia pangai cam nie......

Bg stongkol  jerrr..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2010 02:20 PM | Show all posts
ragging . .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055046 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list