View: 878|Reply: 0
|
"Macam Bertih Jagung Bila Dia Bebel" - Siti Nordiana Cuba Ice Skating
[Copy link]
|
|
Lumrah seorang manusia, kita akan menjadi takut atau gemuruh ketika mahu mencuba perkara baru. Kadang-kadang kita rasa tidak mempunyai keyakinan diri untuk mencabar diri melakukan sesuatu perkara. Apabila kita mampu mencabar diri kita, semestinya kita mampu untuk melakukan apa sahaja.
Itulah yang terjadi kepada pelakon dan penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana.
Baru-baru ini Nana memuat naik satu video di laman Instagram miliknya. Video itu menunjukkan dia mencuba untuk ice skating untuk kali pertama. Sama seperti orang lain, Nana berasa gemuruh sehingga dia tidak berhenti membebel.
Sambil berpaut erat lengan rakannya, Nana terus belajar cara untuk ice skating. Walaupun pada mulanya dia kelihatan agak kekok, namun lama kelamaan Nana mendapat rentaknya.
Pada mulanya Nana kelihatan tidak sabar namun apabila telah sampai masanya untuk ice skating, terus mulutnya membel bagai bertih jagung. Tetapi syabas kepada Nana kerana mahu menyahut cabaran untuk mencuba perkara baru.
"Terkehel tulang mader main ice skating"
Kapsyen yang ditulis Nana membuatkan ramai peminat dan netizen tertawa dengan gelagat dirinya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|