View: 522|Reply: 0
|
"Nak Hijrah Mudah, Yang Susah Itu Istiqamah" - Lufya
[Copy link]
|
|
Apabila berbicara mengenai hijrah seseorang, tidak dinafikan perjalanan perubahan itu kelihatan mudah, namun hanya individu itu sahaja tahu hebatnya dugaan yang melanda.
Penyanyi dan pelakon Lufya menerusi Instagram turut mengakui istiqamah adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.
"Nak hijrah mudah. Hari ini freehair, esok dah boleh pakai hijab. Yang susah itu istiqamah; bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan dan konsisten.
"Iman manusia mana yang tidak naik dan turun? Kadang solat dijaga tapi lemah bab mengawal emosi, tidak berpakaian syari'e dan sebagainya.
"Kadang akhlak dah elok dengan sesama manusia tapi tiada amalan dan solat awal waktu tidak dijaga," katanya.
Lufya yang mula berhijab sejak 2015 itu juga berkata manusia tidak akan pernah tahu amalan baik apa yang akan membawa seseorang itu masuk ke syurga.
Dia berharap setiap individu tidak berputus-asa saat menjalani ujian serta cabaran hidup dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunanNya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|