CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Sabah] Polis siasat kenderaan lawan arus di Jalan Pan Borneo Kinarut

[Copy link]
Post time 3-3-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode


LAWAN ARUS: Kenderaan pacuan empat roda yang meneruskan pergerakan melawan arus di Jalan Pan Borneo berdekatan Kinarut di sini.

PAPAR: Polis sedang mengesan sebuah kenderaan yang memandu melawan arus di Jalan Pan Borneo berhampiran Kinarut di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata setakat ini pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

“Pihak polis bagaimanapun sudah menjalankan operasi untuk mengesan pemilik kenderaan berkenaan.

"Sekirannya orang ramai mengenali pemilik kenderaan itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk membantu siasatan," katanya.

Terdahulu pergerakan kenderaan pacuan empat roda itu tular tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Rakaman berdurasi 46 saat itu memaparkan seorang pemandu lain merakam aksi kenderaan itu yang tidak berhenti walaupun sudah masuk ke laluan bertentangan dan meneruskan pemanduan dalam keadaan laju.

Kenderaan itu turut berselisih dengan kenderaan lain yang bergerak bertentangan dan rata-rata netizen menyifatkan tindakan pemandu itu membahayakan pengguna jalan raya lain.


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list