View: 1135|Reply: 4
|
Shah Rukh Khan Kena Tampar Dengan Guru Tari Gara-Gara Mengeluh Terlalu Penat
[Copy link]
|
|
Berkongsi pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar anak seni, pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah ditampar oleh guru tariannya iaitu Saroj Khan semasa mereka berada di set penggambaran.
Menurut laporan Tabloid, Shah Rukh Khan memberitahu dia ditampar oleh wanita berkenaan kerana mengeluh terlalu penat.
Kata Shah Rukh Khan, ketika itu namanya sedang meningkat naik dan menerima banyak tawaran lakonan.
Foto: Google
"Saya masih ingat, di awal-awal karier saya bertemu dan bekerjasama dengan Saroj. Ketika itu saya bekerja lebih 13 jam dan saya beritahu dia, saya penat kerana terlalu banyak kerja.
"Sikap keibuannya, dia menampar pipi saya dengan penuh kasih sayang dan berkata... jangan pernah mengeluh apabila banyak pekerjaan kerana dalam bidang ini masih ada yang mengharapkan kerja," ceritanya.
Gara-gara teguran itu, Shah Rukh Khan berkata dia mula sedar dan lebih bersyukur kerana bakatnya lebih dihargai berbanding orang lain yang masih menanti peluang sama. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingat tampaq betoi betoi sampai berpusing pusing |
|
|
|
|
|
|
|
shiedafaizal replied at 3-3-2022 09:58 AM
Ingat tampaq betoi betoi sampai berpusing pusing
Tu la...propa sgt tajuk benang ni |
|
|
|
|
|
|
|
choiii..ingt kne tampar kuat.. last2 ditampar dengan penuh kasih sayang sajooooo |
|
|
|
|
|
|
|
cet...tajuk misleading...igtkan mcm tamparan wanita... |
|
|
|
|
|
|
| |
|