CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 1

[Borneo] AirAsia U-Turn, Batalkan Cas RM 100 Setelah Menerima Kritikan Ramai

[Copy link]
Post time 28-2-2022 06:45 AM | Show all posts |Read mode
Cas kembali semula ke harga asal bermula 1 April 2022.

AirAsia U-Turn, Batalkan Cas RM 100 Setelah Menerima Kritikan Ramai. Keputusan AirAsia untuk menaikkan harga cas RM 100 di kaunter check-in nampaknya mengundang rasa tidak puas hati ramai orang, terutamanya pelanggan yang kerap menggunakan penerbangan tambang murah tersebut.

Ekoran daripada itu, AirAsia membuat pusingan U dan mengembalikan semula harga cas daripada RM 100 kepada harga asal iaitu RM 20 untuk penerbangan domestik dan RM 30 untuk penerbangan antarabangsa.

Perubahan ini dapat dilihat di laman sokongan AirAsia yang dikemaskini semula dengan menukar jadual harga cas check-in di kaunter.


Walau bagaimanapun, tiada tarikh penguatkuasaan diumumkan di laman sokongan ini.
Langkah cas RM 100 yang tidak mesra warga emas, kiosk selalu rosak

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila AirAsia mengenakan kadar yang tinggi bagi menggalakkan tetamunya menggunakan perkhidmatan check-in secara dalam talian atau melalui platform digital seperti aplikasi mudah alih serta kiosk.

Namun, netizen menyelar tindakan tersebut yang seakan-akan tidak prihatin dengan warga emas bawah 70 tahun yang tidak begitu arif menggunakan perkhidmatan dalam talian.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut membangkitkan isu kiosk check-in yang sering rosak di kebanyakan lapangan terbang serta tidak dapat digunakan. Hal ini kemudian memaksa mereka yang memerlukan pendaftaran segera untuk mendaftar di kaunter check-in.

AirAsia U-Turn, Batalkan Cas RM 100 Setelah Menerima Kritikan Ramai

Untuk makluman anda, terma dan syarat untuk pengecualian cas check-in di kaunter masih kekal sama.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2022 06:51 AM | Show all posts
Berita sblom ni :



Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100

Cas ini merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa untuk 8 negara.

Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100. Menerusi kemas kini terbaharu laman sesawang AirAsia pada 22 Februari 2022, syarikat penerbangan tambah murah ini akan mengenakan cas RM 100 untuk setiap urusan daftar masuk atau check-in yang dibuat di kaunter.

Peraturan baharu ini akan diguna pakai bermula 1 Mac 2022, Selasa.

Urusan check-in yang akan dikenakan bayaran ini merangkumi penerbangan domestik serta penerbangan antarabangsa dari dan ke Malaysia dalam kalangan 8 negara yang disenaraikan. Antaranya adalah Malaysia, Vietnam, Brunei, Laos, Taipei, Kaohsiung, Honolulu Hawaii dan India.

Berikut adalah tukaran mata wang asing cas berkenaan yang bersamaan dengan RM 100


Cas tinggi untuk galakkan tetamu check-in dalam talian
Jelas pihak AirAsia lanjut, langkah ini adalah bagi menggalakkan penggunaan medium check-in secara digital yang disediakan oleh AirAsia secara percuma. Terdapat 3 saluran check-in digital yang tidak dikenakan cas iaitu kaedah check-in melalui laman sesawang AirAsia, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang.

Sehubungan itu, pengenalan cas yang tinggi ini juga adalah bagi meningkatkan langkah berjaga-jaga serta memperluaskan pengalaman perjalanan udara tanpa sentuhan. Tambahnya lagi, mereka amat menitik beratkan amalan tanpa sentuhan di kala pandemik COVID-19 bagi mengurangkan sentuhan fizikal antara tetamu dan staf.




Cas ini boleh dibayar menggunakan kaedah tunai atau kad kredit di kaunter lapangan terbang. Anda boleh membayar menggunakan akaun kredit AirAsia namun perlu menempah sesi check-in kaunter dalam talian (yang ni, baik check-in je terus online).

Syarikat penerbangan tambang murah ini juga turut mengingatkan orang ramai bahawa ini bukan kali pertama mereka memperkenalkan cas check-in di kaunter. Kaedah check-in di kaunter untuk penerbangan domestik (dalam Malaysia) telah dikenakan cas sejak 14 September 2011 manakala untuk penerbangan antarabangsa, bayaran ini telah diperkenalkan pada 1 September 2020 dengan cas RM 20.

Apakah situasi dan siapakah individu yang layak mendapat pengecualian cas ini?

    Tetamu kelainan upaya
    Tetamu bersama bayi di bawah usia 24 bulan
    Tetamu remaja yang terbang bersendirian (12 hingga 16 tahun)
    Penerbangan staf (sediakan ID90/ID90X)
    Tetamu yang terjejas akibat perubahan jadual dan pembatalan penerbangan
    Ketiadaan kiosk lapangan terbang atau kesemua servis digital tergendala
    Tetamu yang tidak dapat melengkapkan proses check-in kerana sistem tergendala
    Tetamu yang membeli naiktaraf tempat duduk atau servis tambahan berbayar di kaunter check-in
    Ahli AirAsia Platinum dan AirAsia Black
    Tetamu Premium Flex (kecuali AirAsia India) dan tetamu Flatbed
    Tetamu Corporate Full Flex (GCP) dan tetamu Corporate Lite (GCPL)(kecuali AirAsia India)
    Tetamu Red Carpet
    Tetamu Red Pass (AirAsia India sahaja)
    Tetamu menggunakan waran perjalanan dan tempahan kerajaan
    Marsyal udara yang sedang dalam tugas
    Tetamu yang sudah melakukan check-in dalam talian, namun terpaksa mencetak pas masuk di kaunter
    Warga emas berusia 70 tahun dan ke atas

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan lazim yang lain, anda boleh menyemak sendiri kemaskini terbaharu ini di pautan ini : AirAsia Counter Check-In Fee

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.129093 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list