CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Sabah] PROTECT tahan tujuh individu bersama senjata api, peluru

[Copy link]
Post time 27-2-2022 08:48 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Senjata api haram yang dirampas di dalam kenderaan dinaiki tujuh suspek.

SANDAKAN: Pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Sabah (PROTECT) berjaya menahan tujuh individu mencurigakan semasa menjalankan operasi Anti Poaching di sini semalam.

Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan  berkata operasi di Jalan Nangoh-Paitan, berdekatan sempadan Hutan Simpan Paitan Beluran di sini itu berlaku apabila Unit PROTECT mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki tujuh individu.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu berjaya menemukan dua laras senjata api dan beberapa butir peluru.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek gagal menunjukkan sebarang permit untuk memburu hidupan liar ataupun lesen pemilikan senjata api,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya kesemua suspek dipercayai ingin melakukan pemburuan hidupan liar, bagaimanapun hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang bangkai binatang buruan.

“Laporan polis kemudiannya dibuat di Ibu Pejabat Polis Beluran dan semua suspek serta barangan yang dirampas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan serta penyiasatan selanjutnya,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang aktiviti pemburuan hidupan liar secara haram.

“Kegiatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang malah perbuatan ini boleh menyebabkan kepupusan spesies fauna yang disenaraikan sebagai Rare Threatened and Endangered seperti banteng atau tembadau.

“Sebarang maklumat berkaitan pemburuan hidupan liar secara haram perlu dilaporkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar,” katanya sambil menambah pengunaan serta pemilikan senjata api tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan mengikut Akta Senjata 1960.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073689 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list