CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 26/02/2022

[Copy link]
Post time 27-2-2022 07:53 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 3,735 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 334,506 kes. Sebanyak sembilan (9) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tuaran, Tawau dan Papar manakala masing-masing satu (1) kes di Kota Belud, Sandakan serta Keningau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 4,402 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 280,112 orang. Manakala 2,029 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,176 orang di hospital, 783 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 69 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 55 di ICU/repurposed kritikal care serta 17 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 36 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 88 (26.99%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian bagi negeri Sabah turun 521 berbanding semalam menjadikan jumlah jangkitan baharu pada hari ini sebanyak 3,735 kes.

b. Walau bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, yakni 66.45% daripada jumlah kes keseluruhan dan ini adalah petanda bahawa jumlah kes baharu boleh naik secara mendadak. Jangkitan sporadik merupakan jangkitan dalam komuniti yang boleh merebak dengan cepat dan dalam lingkungan lokaliti yang luas.

c. Jumlah kes baharu di beberapa daerah masih dipengaruhi oleh keputusan saringan kes-kes tertunggak yang baru dilaporkan. Kota Kinabalu mencatatkan jumlah keputusan tertunggak yang paling tinggi di Sabah dan mengakibatkan jumlah kes harian terus berada pada kadar empat (4) angka sejak beberapa hari. Daripada 1,039 kes bagi Kota Kinabalu hari ini, cuma 19 kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berdaftar dalam statistik kes harian hari ini. Sebanyak 296 kes adalah kes tertunggak antara 2 hingga 3 hari dan 724 kes adalah kes-kes keputusan tertunggak 4 hari atau lebih. Ini termasuk 89 kes yang tertunggak melebihi 12 hari..

d. Hari ini hanya tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu manakala 20 daerah lagi mencatatkan penurunan kes harian. Kota Kinabalu mengekalkan catatan kes empat (4) angka dengan 1,039 kes (-209). Sembilan (9) daerah lagi mencatatkan kes tiga (3) angka iaitu Putatan 386 kes (+23), Penampang 287 kes (-58), Tuaran 286 kes (-22), Papar 261 kes (-109), Beaufort 214 kes (+88), Tawau 158 kes (-7), Sandakan 156 kes (-1), Keningau 151 kes (+7), Kota Belud 138 kes (-48). Sebanyak 17 daerah lagi mencatatkan kes dua (2) angka.

e. Sejumlah 99.22% atau 3,706 daripada 3,735 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, 10 kes dalam Kategori 3, 15 kes dalan Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5.

f. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 38,647 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin. Sejumlah 464 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 216 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.251314 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list