CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Sabah] Mangsa dibunuh kerana tagih hutang RM3,000

[Copy link]
Post time 25-2-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode


MOHD ZAIDI

KOTA KINABALU: Punca sebenar mangsa dibunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom Inanam di sini Rabu lalu adalah disebabkan oleh hutang RM3,000 yang ditagih daripada suspek.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata semasa hasil soal siasat dijalankan, suspek mengaku membunuh mangsa dengan mencekik lehernya sebelum menjerut mangsa sehingga mati.

“Kejadian awal berlaku apabila suspek dan mangsa bersetuju untuk berbincang berkenaan hutang sebanyak RM3,000 yang tidak dibayar oleh suspek sebaik tiba di bengkel terbabit.

“Suspek kemudiannya membawa mangsa beredar dari bengkel terbabit untuk berbincang ke lokasi bersesuaian bagaimanapun semasa dalam perjalanan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.

Beliau berkata suspek kemudiannya mencekik leher mangsa sehingga mangsa tidak berdaya dan menjerut leher mangsa menggunakan kabel yang ada di dalam kenderaan suspek.

“Semasa pertengkaran itu mangsa bertindak menghantar lokasi kepada bapanya yang sedang menunggu di bengkel terbabit selepas menyedari keadaannya terancam.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan polis percaya kes bunuh ini sudah diselesaikan dengan penahanan suspek berumur 43 tahun ini,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.365246 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list