CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 24/02/2022

[Copy link]
Post time 25-2-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-2-2022 08:14 AM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 4,892 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 326,515 kes. Sebanyak tujuh (7) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Tuaran dan masing-masing satu (1) kes di daerah Keningau, Kota
Kinabalu, Penampang, Kota Marudu dan Kudat. Bilangan kematian ini tidak semestinya
berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk
verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,168 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 272,273 orang. Manakala 2,427 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,283 orang di hospital, 1,059 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 84 orang di Pusat Tahanan Sementara
(PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 81 orang merangkumi 62 di ICU/repurposed kritikal care serta 19 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 43 orang lagi memerlukan alat bantuan
pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 71 (21.26%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan peningkatan jangkitan baharu pada kadar yang tinggi, iaitu
921 kes setelah menurun beberapa hari. Sejumlah 4,892 kes baharu dicatatkan hari ini.

b. Hari ini Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu lebih dua kali ganda berbanding
jumlah semalam dengan 1,947 kes baharu, peningkatan sebanyak 1,212 kes. Adalah diperhatikan bahawa kes-kes lewat daftar (backlogs) mempengaruhi peningkatan jumlah yang tinggi bagi daerah Kota Kinabalu. Sejumlah 1,214
daripada 1,947 kes di Kota Kinabalu merupakan kes-kes jangkitan “backlogs” yang berlaku enam (6) hari atau lebih lama tetapi hanya dapat didaftarkan pada hari ini.

c. Sembilan(9) daerah merekodkan kes tiga (3) angka iaitu Tuaran 425 (+15) kes,
Penampang 415 (-101) kes, Papar 290 (-30) kes, Tawau 208 (-130) kes, Kota Belud 207 (+53) kes, Beaufort 194 (+41) kes, Sandakan 192 (-6) kes, Keningau 144 (-11) kes dan Lahad Datu 100 (-29) kes.

d. Sebanyak 16 daerah mencatatkan kes dua (2) angka dan Kalabakan menjadi
daerah tunggal yang mencatatkan kes satu (1) angka hari ini. Walaupun hanya 10 daerah mencatatkan peningkatan kes namun jumlah angka jangkitan baharu di Sabah melambung tinggi akibat jumlah kes di Kota Kinabalu yang berjumlah
hampir 2 ribu kes (1,947 kes).

e. Sejumlah 99.53% atau 4,869 dari 4,892 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lima (5) kes dalam Kategori 3, 13 kes dalan Kategori 4 dan lima (5) kes
dalam Kategori 5.

f. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin
kepada 34,713 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin. Sejumlah 531 kes pada hari ini adalah melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 241 kes adalah merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun).

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.249857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list