CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 4

[Tempatan] Makanan tambahan bukan ubat kanser

[Copy link]
Post time 25-2-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Makanan tambahan bukan ubat kanser

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -bukan-ubat-kanser/

Oleh KOSMO!
25 Februari 2022, 9:45 am


Makanan tambahan dan ubat supplemen yang sering digunakan oleh pesakit kanser – Gambar hiasan

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis peniaga ubat atau makanan tambahan yang kononnya mampu merawat penyakit kanser.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, keba­nyakan ubat tambahan itu tidak berkesan untuk merawat pe­nyakit kanser seperti yang dijanjikan penjual.

“Kebanyakan ubat atau suplemen yang didakwa boleh me­nyembuhkan kanser hanya promosi untuk melariskan jualan produk mereka sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pesakit seharusnya mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pakar mengenai penyakit kanser yang dihidapi mereka.

“Pengguna boleh membuat aduan terus kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan isu ini di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan segelintir peniaga ubat tambahan menjadi tamak apabila semakin ligat menjadikan pesakit kanser sebagai lubuk mengaut untung menerusi promosi dan taktik kononnya barang yang dijual mampu menyembuhkan penyakit berbahaya itu.
Terdapat juga peniaga yang bertindak licik dengan menyertakan testimoni individu yang didakwa telah sembuh daripada kanser hasil mengambil produk kesihatan itu.

Antara produk yang berlambak dijual secara online ketika ini termasuk dalam bentuk jus atau serbuk minuman, tablet ekstrak buah-buahan dan minyak.

Selain itu, apabila terdapat juga segelintir pesakit yang terdedah kepada penipuan membabitkan rawatan oleh pengamal perubatan alternatif dan bomoh temberang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah namanya bukan ubat....samala dgn vaksin boosters kheunz?

So?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 10:47 AM | Show all posts
Betul tu suppliment bukan ubat hanya sekadar makanan tambahan, ramai je orang tahu mengenainya bukan semua mudah terpedaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 11:26 AM | Show all posts
sbb tu mencegah lebih baik drpd merawat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk rawatan kanser boleh cuba durian belanda.

Dan puasa dari gula putih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049979 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list