CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 2

Hentikan buli emosi!

[Copy link]
Post time 24-2-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Hentikan buli emosi!


KATA-kata sindiran menyebabkan berlakunya buli emosi.


'Awak ingat kulit awak cantik sangat? atau Bagus sangat ke karier awak?' dua pertanyaan ini bagi sesetengah individu, ia hanya perkara biasa.

Namun, jangan pandang remeh kerana ia adalah situasi yang sebenarnya si penyindir itu adalah pembuli emosi! Sekali gus, boleh memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang.

Ahli Daftar Kaunseling Profesional United Kingdom dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Airil Haimi Mohd Adnan berkata, dewasa ini masyarakat tahu betapa bahayanya perbuatan buli dan kita membenci semua pembuli tidak kira siapa pun mereka.

Jelasnya, perbuatan buli amat keji, khasnya apabila ia mengakibatkan kecederaan atau kecacatan fizikal pada mangsa.

"Pada masa sama, tahukah anda ada sejenis perbuatan buli yang mungkin lebih keji berbanding buli fizikal? Buli ini dinamakan buli emosi.

"Seperti perumpamaan 'hujung lidah' manusia lebih tajam dari mata pedang, buli emosi sebenarnya boleh mengakibatkan gangguan mental teruk di samping menjahanamkan harga diri si mangsa pada jangka panjang," katanya.

Jelasnya, lebih menyedihkan, pembuli emosi selalunya tergolong dalam kalangan mereka yang terdekat dengan mangsa seperti isteri atau suami, ibu atau bapa, ahli keluarga atau sahabat rapat.

Katanya, perhubungan erat dan pertalian darah ini sebenarnya boleh membuka jalan gelap ke arah buli emosi yang dirasakan, kadangkala bertahun lamanya dan ada juga mangsa yang dibuli emosinya seumur hidup.

"Daripada pengamatan saya, perilaku buli emosi semakin meningkat selari dengan pandemik Covid-19 yang semakin menggila di seluruh dunia.

"Di Amerika Syarikat, data 20 tahun ke belakang di Perpustakaan Perubatan Nasional AS menunjukkan bahawa buli emosi berlaku dengan berleluasa," katanya.

Misalnya, 80 peratus kes buli dan penderaan dalam perkahwinan membabitkan buli emosi. Sebanyak 40 peratus wanita dan 32 peratus lelaki melaporkan bahawa mereka pernah mengalami buli emosi yang serius.

"Di Australia pula, Biro Statistik Kebangsaan di negara itu merekodkan kes buli emosi yang membabitkan perbuatan seperti mengancam mangsa, memerintah emosi mangsa, memencilkan diri mangsa dan memanipulasi mangsa.

"Maka kita perlu mengambil langkah proaktif untuk menyelidik isu buli emosi dan menjadikan buli emosi perbuatan terkutuk yang juga salah di sisi undang-undang untuk melindungi semua rakyat Malaysia," jelasnya.

Katanya, realitinya buli emosi dilihat sebagai isu remeh atau tidak memberi ancaman besar seperti buli atau penderaan fizikal yang tampak jelas kesannya. Buli emosi juga kadangkala diberi justifikasi seperti 'sekadar cemburu' atau 'kes tanpa mangsa.'

"Dalam perhubungan misalnya, pembuli emosi suka memainkan sentimen cemburu apabila wanita atau lelaki itu membuli pasangan.

"Disebabkan rasa cemburu itu pula emosi mangsa dirobek dengan menyindirnya, menuduhnya, menghinanya dan bermacam cara lagi," katanya.


MANGSA buli emosi boleh mengalami tekanan perasaan.

Katanya, kata-kata kecaman yang merendahkan diri seseorang seperti 'Apa awak ingat awak cantik sangat ke kena pakai mekap bila keluar? Mesej siapa masuk tu, 'girlfriend' baru awak ke? Sedarlah diri sikit, kalau bukan kerana saya kahwin dengan awak, tak ada siapa inginkan awak," seharusnya tidak perkara lumrah atau kebiasaan.

"Kata-kata seperti ini kalau sekali dituturkan pasti menyakitkan hati mangsa! Tetapi, kalau setiap hari, minggu dan bulan diulang-ulang, sudah pasti emosi dan mental mangsa akan amat terganggu. Jadi, siapa kata kes buli emosi ini kes tanpa mangsa?" katanya.

"Pembuli emosi sebenarnya dilanda penyakit jiwa dan kerosakan rohani yang serius. Mereka bukan sekadar seronok apabila dapat menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata, malah mereka mendapat kepuasan apabila dapat merosakkan 'mood' serta merendahkan harga diri orang lain," katanya.

Lebih membimbangkan perbuatan buli emosi ini akan cuba ditegakkan si pembuli. Selain mengatakan 'abang cemburu saja' atau 'saya tanya abang saja bukan tuduh,' ada pembuli emosi yang berani mengatakan perbuatannya itu adalah untuk memberi nasihat.

"Lama-kelamaan, mangsa yang semakin rendah harga diri akan terkesan dan tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dalam keluarga, komuniti, organisasi dan masyarakat.

"Ada yang sampai sanggup membunuh diri sendiri, menyalah gunakan dadah atau alkohol, bercampur dengan kelompok antisosial seperti gengster dan sebagainya," tambahnya.

Beliau turut berharap buli emosi perlu dibanteras di semua peringkat. Memberi teguran atau nasihat tidak sama dengan mengancam atau menyindir orang. Buli emosi langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Sudah sampai masanya kita tidak lagi normalisasikan buli emosi. Kita perlu selamatkan semua mangsa buli emosi dan si pembuli perlu ditegah dari mengulang perbuatan kejinya.

"Pembuli emosi juga perlu diambil tindakan yang serius seperti tindakan undang-undang jenayah," katanya.

Katanya, kita mahu Malaysia menjadi tapak yang membantu kita berkembang maju dengan gembira. Buli emosi yang tidak terkawal di rumah, sekolah, pejabat atau alam maya iaitu internet akan mewujudkan suasana yang amat negatif kepada semua.

"Tiada alasan untuk anda menjadi pembuli emosi. Tidak ada sebab untuk anda terus menjadi mangsa buli emosi.

"Hentikan kitaran perilaku buli emosi di mana-mana sahaja anda berada dan selamatkan mangsa buli emosi supaya mereka boleh hidup aman dan tenteram dengan emosi serta jiwa yang tenang sampai ke mati," katanya.'

https://www.hmetro.com.my/WM/2022/02/813575/hentikan-buli-emosi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Don't worry pembuli emosi akan mendapat cash bermacam bentuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik akak dapat pasangan yg selalu ckp..." saya sgt bertuah sb dapat awak"...so aku juga ulang ayat yg sama pada laki aku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.327575 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list