CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 10

Ustaz Dedah Khidmat Dukun Buat Sihir Pemisah, Bayar RM600 Serahkan Gambar Dan Nama Isteri

  [Copy link]
Post time 24-2-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Perbuatan sihir dalam rumahtangga masih berlaku dalam masyarakat hari ini dek kerana segelintir individu yang mementingkan diri demi memuaskan keinginan mereka untuk mendapatkan sesuatu. Apa yang paling menakutkan kesan sihir itu berpanjangan hingga ada yang meninggal dunia.


Foto: Sumber Internet





Baru-baru ini, Ustaz Syafiq dari Pusat Rawatan Al-Idrus mendedahkan tentang seorang dukun yang membuat perkhidmatan sihir pemisah.





Perbualan melalui telefon ini dirakam dan dimuatnaik dalam video Tiktok. Ustaz menyamar menjadi pelanggan yang bertanyakan perkhidmatan tersebut kepada seorang dukun.


"Saya akan 'kerjakan' kedua-duanya sekali. Isteri pertama akan minta maaf dan tunduk pada suami. Isteri kedua pula akan mula rasa marah dan minta cerai pada suami," lebih kurang begini perbualan dukun tersebut kepada Ustaz tentang kesan yang akan berlaku selepas disihir.


Ustaz meminta dibuat sihir pemisah untuk isteri kedua dan tundukkan isteri pertama. Bayaran perkhidmatan untuk sihir pemisah itu adalah sebanyak RM600 dan perlu disertakan gambar dan namanya sahaja. Sihir tersebut akan berhasil selepas dua hingga tiga jam dukun itu 'kerjakan' isteri-isterinya.





Dalam perbualan tersebut, Ustaz bertanyakan pula apakah kesan pada dirinya jika isterinya mendapatkan rawatan dari Ustaz lain untuk berubat?


"Tidak boleh sembuh selepas disihir dan tiada siapa akan tahu jika tidak diberitahu pada orang lain walapun cuba dirawat," begitulah dukun itu menyatakan kesan sihir pemisah yang tidak ada kesembuhan.





Moga kita semua berdoa dijauhkan daripada terkena buatan sihir dan janganlah pula kita mahu mencuba menyihirkan orang lain kerana ia perbuatan syirik dan merosakkan akidah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 11:07 AM | Show all posts
Betulker dukun tu pun. Jangan-jangan dukun pun scammer.. siapa boleh menyamar sekarang yang penting dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 11:20 AM | Show all posts
dasyat ye, dukun pun online je sekarang ni, tak ada face to face dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 12:38 PM | Show all posts
nauzubillah.. minta dijauhkn la kejadian2 seperti ini..
org kg aku kna gak sihir.. dengarnya mak mentua dia yg buat.. sampai la skrg..dua2 x kawin lg.. sedih btl..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 02:16 PM | Show all posts
Cukup-cukup lah buat perkara syirik ni, ingatlah mungkin kita akan puas dan selamat di muka bumi ini tetapi tidak selepas berakhirnya hayat ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 04:09 PM | Show all posts
alam akhirat orang2 ni tak nampak dan percaya. sebab tu berani engkar arahan Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2022 08:26 PM | Show all posts
moga kita semua dilindungi. menakutkan  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aman ke eh hidup sihir org lain ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa pula kos untuk pisahkan ahli politik dengan jawatan dia dalam parti?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger987 replied at 28-2-2022 06:01 AM
@makadek

Kenaper angkol panggil i pagi2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.064071 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list