CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Sabah] Covid19 23/02/2022

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-2-2022 02:06 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 3,971 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 321,623 kes. Sebanyak sembilan (9) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di Kota Kinabalu, dua (2) kes di Penampang dan Sandakan manakala masing-masing satu (1) kes di daerah Beaufort dan Tawau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa
untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan
kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,383 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 269,105 orang. Manakala 2,505 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,330 orang di hospital, 1,022 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 152 orang di Pusat Tahanan Sementara
(PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 75 orang merangkumi 53 di ICU/repurposed kritikal care serta 22 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 40 orang lagi memerlukan alat bantuan
pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 76 (24.52%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan jangkitan baharu di bawah paras 4,000 hari ini iaitu 3,971 kes, dengan penyusutan 435 kes berbanding semalam. Sungguhpun demikian, jumlah kes baharu yang dicatatkan masih tinggi.

b. Sebanyak 13 daerah merekodkan kes baharu tiga (3) angka. Kota Kinabalu
mencatatkan kes tertinggi dengan 735 kes, Penampang 516 kes, Tuaran 410 kes, Tawau 338 kes, Papar 320 kes, Sandakan 198 kes, Keningau 155 kes, Kota Belud 154 kes, Beaufort 153 kes, Putatan 150 kes, Kota Marudu 135 kes, Lahad
Datu 129 kes dan Ranau 105 kes. Sebanyak 12 daerah lain merekodkan kes dua (2) angka sementara Kudat mencatat sembilan (9) kes dan Kalabakan tujuh (7) kes.

c. Sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes harian termasuk beberapa daerah yang merekodkan penurunan yang banyak seperti Kota Kinabalu (-342 kes), Papar (-131 kes), Nabawan (-54 kes), Ranau (-49 kes), Keningau (-37 kes) dan Tambunan (-33 kes). Walau bagaimanapun peratusan
jangkitan sporadik (kes bergejala) hari ini amat tinggi, iaitu 67.41% dan satu petanda bahawa kes-kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa.

d. Sejumlah 99.09% atau 3,935 daripada 3,971 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. 12 kes dalam Kategori 3, 17 kes dalan Kategori 4 dan tujuh (7) kes dalam Kategori 5.

e. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 32,047 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin. Sebanyak 505 kes pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 209 kes
merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun).

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058833 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list