View: 511|Reply: 0
|
[Kedah]
Bekas juruterbang hasil ratusan tan jagung bijian
[Copy link]
|
|
Naidu menunjukkan jagung bijian yang ditanam di Merbok, Sungai Petani. - Foto Danial Saad/BH
Sungai Petani: Menyedari kebergantungan negara kepada bekalan jagung bijian import bernilai berbilion ringgit setahun untuk makanan ternakan ruminan, seorang bekas juruterbang nekad menjadi perintis bagi tanaman itu di negara ini.
Mula mengusahakannya sejak lima tahun lalu, Ramana K Naidu, 32, kini terus melangkah jauh apabila berjaya menghasilkan ratusan tan jagung bijian setiap musim, membabitkan lebih 202 hektar ladangnya di beberapa negeri di Semenanjung.
Anak muda itu berkata, dia meninggalkan kerjaya sebagai juruterbang di Bangkok, Thailand, pada 2011 berikutan krisis politik di negara berkenaan.
Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam sektor pertanian, anak kedua daripada tiga beradik ini sanggup ke Thailand, Indonesia, India dan China bagi mempelajari teknologi pertanian.
"Pertanian memerlukan modul yang baik. Sebelum itu saya beberapa kali mencuba beberapa modul sebelum 'berjumpa' dengan modul terbaik," katanya ketika ditemui di ladang jagung miliknya yang berkeluasan hampir 60 hektar dekat Merbok.
Kejayaan itu mendorong beliau melebarkan sayap ke beberapa kawasan dan negeri lain seperti ladang di Hosba, Kubang Pasu, selain di Perak, Pahang dan terbaru di Johor.
Usaha yang dilakukan turut mendapat kerjasama AgroBank yang memberi pinjaman untuk meluaskan lagi projek pertanian yang dijalankan.
Pemilik Syarikat Famox Plantation M Sdn Bhd ini, bagaimanapun tidak pernah kedekut dengan ilmu pertanian yang dipelajari, sebaliknya mula mengajak lebih ramai anak muda menceburi bidang itu.
"Sekarang saya mempunyai jentera, mesin dan peralatan mencukupi daripada proses menanam hingga menuai serta pengurusan lepas tuai, hanya benih saja saya import dari Thailand.
"Saya juga melaksanakan Program Famox Agropreneur Incubator & Training Hub (FAITH), seramai 30 usahawan tani sudah menyertai program ini, iaitu mereka hanya perlu mempunyai tanah boleh diusahakan," katanya.
Beliau juga memperkenal sistem tanaman jagung bijian modul koperasi, iaitu koperasi yang mempunyai tanah bekerjasama mengusahakan tanaman itu.
Jagung bijian biasanya ditanam mengikut musim, iaitu April dan Oktober dan mengambil masa selama 120 hari untuk matang dan sedia untuk dituai.
"Setiap hektar mampu membuahkan hasil sebanyak tujuh hingga lapan tan. Kita ada inisiatif khas, iaitu Famox akan membeli balik hasil dari usahawan, iaitu harga jagung bijian ditetapkan pada RM900 setiap tan bagi tongkol jagung, manakala RM1,000 bagi setiap tan jagung yang dileraikan," katanya.
Ramana memberitahu jagung bijian akan diproses bagi dijadikan makanan ternakan serta bagi menghasilkan silaj yang juga menjadi antara makanan ternakan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.
"Pokok jagung akan dituai dalam masa 65 hari untuk dijadikan silaj yang dapat mengurangkan penggunaan dedak dalam industri ternakan.
"Biasanya jagung untuk silaj ditanam di luar musim penanaman jagung bijian yang secara tidak langsung menggandakan pendapatan peserta dan menjamin pendapatan sepanjang tahun," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|