CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] PPM Lahad Datu tumpaskan aktiviti bom ikan

[Copy link]
Post time 22-2-2022 07:56 PM | Show all posts |Read mode


RAMPASAN: Pihak PPM merampas peralatan dan tangkapan ikan yang diperoleh suspek dari aktiviti bom ikan.

LAHAD DATU: Tindakan suspek yang menjalankan aktiviti bom ikan berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini dalam satu operasi petang semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu Superintendan Gan Ping Sin berkata, operasi di kawasan perairan daerah ini mendapati sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.

Kataya, anggota PPM bertindak mengejar perahu terbabit sebelum menemukannya tersadai di persisir pantai di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan peralatan yang disyaki digunakan suspek untuk aktiviti bom ikan.

"Beberapa pukat berisi pelbagai jenis ikan turut dirampas pihak PPM dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,750.

"Rampasan terbabit kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan Lahad Datu bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat daripada seluruh komuniti maritim berhubung aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197.


utusanborneo.com.my/2022/02/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.277006 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list