CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15041|Reply: 58

Mitsubishi bakal perkenal ASX kompak

[Copy link]
Post time 2-9-2010 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by t@t at 2-9-2010 10:45




KUALA LUMPUR 1 Sept. - Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (Mitsubishi) akan memperkenalkan model terbaru ASX kompak pada suku keempat tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda berkata, model terbaru ASX itu telah men-dapat sambutan menggalakkan di beberapa pasaran utama global sejak dilancarkan baru-baru ini.

''Kami sedang bekerja keras untuk membawa model tersebut ke Malaysia dan mengumumkan ia akan masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.


''Salah satu sasaran utama Mitsubishi adalah menyediakan pelbagai pilihan kereta kepada rakyat Malaysia dan yakin ASX akan diterima pasaran tempatan,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.


Setakat ini, model terbaru itu telah mendapat maklum balas positif di seluruh dunia termasuk dari Amerika Utara dan Australia.

Ia telah dilancarkan di Jepun dengan nama RVR pada bulan Februari lalu.


Model terbaru itu menggabungkan kelebihan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan kualiti sedan, konsep utama model itu adalah 'saiz pintar' iaitu lebih kompak berbanding SUV biasa, tetapi lebih besar dari kereta kompak.

ASX mencapai kemudahan utiliti terbaik dan prestasi mengagumkan, kecekapan mesra alam dan reka bentuk dalaman dan luaran menarik dalam saiz kompak.


Ia turut menyediakan ruang letak barangan sempurna bagi setiap situasi, selain memberikan penjimatan minyak kerana badannya yang ringan.


Model ASX itu juga didatangkan dengan enjin 2.0 liter dan menggunakan blok aluminium ringan bagi prestasi optimum.

Maklumat lanjut sila lawati bilik pameran Mitsubishi atau layari www.mitsubishi-motors.com.my serta talian 03 7622 2202.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2010 10:44 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:08 AM | Show all posts
semarrt tu...ala2 jerung gak..CRV x leh cr makan la pasni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 12:06 PM | Show all posts
harga...?

kene start menabung nie....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 12:41 PM | Show all posts
takde discount ker sblm raye nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 12:49 PM | Show all posts
mitsu malaysia ni pelik sikit. waranti untuk grandis 5 tahun, tapi untuk model lain 3 tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2010 12:50 PM | Show all posts
suv idaman ku....
kene simpan duit dari skang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:38 PM | Show all posts
Airtrek diaorg taknak ganti baru ker??:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 03:46 PM | Show all posts
Airtrek diaorg taknak ganti baru ker??
danedzya Post at 2-9-2010 15:38



    Ni kira ganti airtrek kot?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:57 PM | Show all posts
RVR sejarah dia dah lama...airtrek first generation keluar pastu 2nd generation terus tukar nama outlander....aku harap dia boleh stick dgn nama airtrek...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:05 PM | Show all posts
errr.. bukan airtrek 2nd generation lepas caldina ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:25 PM | Show all posts
apasal tukar nama ASX...ni kan Mitsu RVR







kena pikir byk kali woi mahu beli ini kereta...asal namanya mitsubishi aje, adalah kebarangkalian lepas ni akan di mangkuk tingkatkan oleh proton sebyk 5%
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:30 PM | Show all posts
ni gambo yg pernah teman tepek kat CnM dulu...teman dah test drive pun binatang ni




Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:43 PM | Show all posts
mari siuttt...berapa reger ni???? nak bukak tabung baru niiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 05:07 PM | Show all posts
errr.. bukan airtrek 2nd generation lepas caldina ker
ajis_kg Post at 2-9-2010 16:05



    aik apa kaitan caldina ngn ini cerita? toyota tak sama dgn mitsu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 05:15 PM | Show all posts
tunggu poton ambik model ni , pasang badge kepala kucing dia..... yawn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2010 11:11 PM | Show all posts


yg poster kat atas tulis 50% tu apa zek? discount 50% ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 02:12 AM | Show all posts
yg poster kat atas tulis 50% tu apa zek? discount 50% ke...?
t@t Post at 2-9-2010 23:11



    kalau kat mesia ada diskaun 50% tu mmg beratur org beli tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 05:43 AM | Show all posts
Lor beli mahal2 keta nih..aircond masih analog lagi ke
Exterior dah cun...Interior still kurang memuaskan...dah nama keta kompak apo nak buek
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 05:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 3-9-2010 06:50
Lor beli mahal2 keta nih..aircond masih analog lagi ke
Exterior dah cun...Interior still kurang  ...
mrsakit Post at 3-9-2010 06:43 AM


aircond dia ada dua mode...analog and auto....kalu nak set pakai analog pusing aje macam biasa, kalu nak auto just push aje binatang tu...

satu lagi...dashboard kete ni bukan pakai plastik keras (ada org kata plastik baldi) tapi yg lembut tu....yg tak bestnya hanya separuh aje yg gunakan balut lembut tu (atee teman tak tahu apa ke namanya)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.342567 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list