Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin mencadangkan agar pihak stesen TV yang membayar harga tinggi diletakkan segelintir pelakon popular kepada penerbit, seiring dengan tujuan untuk menarik 'rating' penonton.
 Kerdit foto: IG Shahrulezad
Ia disuarakan Shahrulezad di akaun Facebook miliknya selepas isu pelakon popular meletak bayaran tinggi dan 'demand' itu mula dibangkitkan oleh pengarah berkaliber, Rashid Sibir di media sosialnya, baru-baru ini.
"Selagi stesen TV tekan penerbit mahukan artis-artis tertentu untuk tujuan 'rating' selagi itulah kami tak mampu nak kawal kos produksi.
"Dan terus terang cakap, kadang kadang kami terpaksa 'menganiaya' dengan cara potong harga kru produksi atau tukar kru lain yang lebih murah dan kurang pengalaman. Sebabnya nak kawal kos produksi," tulisnya.
Menurut Shahrulezad, dia juga ada pengalaman berhadapan dengan seorang artis yang meletak harga RM8,000 untuk satu episod. Katanya, ia lebih tinggi daripada bayaran untuk seorang pengarah.
Apapun, jelasnya meletak harga itu adalah hak artis juga tapi untuk berlaku adil, penerbit juga perlu diberi hak menolak 'rate' (bayaran) mereka tanpa tekanan dari stesen TV. Umpama mereka ada hak, kita juga ada hak.
Sumber: Harian Metro |