CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 3

Duda Tikam Ustaz, Sakit Hati Ditegur Selalu Lepak Di Kawasan Asrama Wanita Sekolah Pondok

[Copy link]
Post time 21-2-2022 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Motif insiden tikaman seorang kiai yang juga tenaga pengajar sebuah sekolah pondok di Jawa Timur, Indonesia, akhirnya terbongkar dengan penahanan seorang penghuninya.


Hasil siasatan polis, pelaku tersebut mengaku berasa sakit hati kerana beberapa kali ditegur oleh pimpinan pondok Miftahul Hidayah, di wilayah Banyuwangi ekoran selalu berada di asrama penghuni wanita.


Lelaki berusia 34 tahun itu berjaya ditahan polis di daerah Gambiran, Banyuwangi pada Jumaat ketika cuba hendak melarikan diri.


Foto: kompas TV




Menurut seorang pimpinan masyarakat tempatan, pelaku yang juga duda kepada dua orang anak itu mahu melarikan diri ke kampung halamannya di Ogan Komering Ulu selepas menikam Kiai Affandi Musyafa.


Pelaku diketahui baru menjadi penghuni sekolah pondok yang dijaga oleh mangsa sejak 15 hari sebelum kejadian.


Polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan pelaku untuk menikam mangsa.


Akibat perbuatannya itu, pelaku didakwa atas tuduhan cubaan membunuh dan bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun.


Mangsa yang cedera di dagu dan pinggang akibat ditikam masih dirawat di sebuah hospital. - CARI


Sumber: mStar/ Kompas.tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2022 11:25 AM | Show all posts
Motif insiden tikaman seorang kiai yang juga tenaga pengajar sebuah sekolah pondok di Jawa Timur, Indonesia, akhirnya terbongkar dengan penahanan seorang penghuninya.

Hasil siasatan polis, pelaku tersebut mengaku berasa sakit hati kerana beberapa kali ditegur oleh pimpinan pondok Miftahul Hidayah, di wilayah Banyuwangi ekoran selalu berada di asrama penghuni wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis xleh ditegur ni bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 21-2-2022 12:29 PM
Jenis xleh ditegur ni bahaya

Sebab itu orang Kelantan takut untuk membunyikan hon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055195 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list