CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sabah] Formula bela rakyat keutamaan UMNO

[Copy link]
Post time 21-2-2022 05:25 AM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU: Formula membela nasib rakyat yang menjadi keutamaan UMNO selama 75 tahun menjadi faktor parti berkenaan masih kekal relevan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, UMNO tidak berjuang untuk ahli parti semata-mata.

Katanya, UMNO Sabah banyak melalui liku dan cabaran sebaik sahaja melebarkan sayapnya ke negeri ini.

Menurutnya, saat yang paling menyedihkan bagi UMNO adalah selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang lalu sehingga ada tohmahan beberapa pihak UMNO akan ditalkinkan di Sabah ketika itu.

Beliau berkata, ujian sekali lagi melanda UMNO Sabah apabila beberapa pemimpin termasuk pemimpin bahagian bertindak meletakkan jawatan dan menyertai parti lain hingga menyebabkan ahli berada dalam dilema.

"Kita lihat ujian yang berlaku secara positif, di sebalik langkah mereka yang meninggalkan perjuangan bersama UMNO, alhamdulillah, kita masih memiliki pemimpin dan ahli yang berprinsip serta setia kepada perjuangan parti.

"Ini menjadikan UMNO Sabah lebih matang, kukuh dan berpengalaman menghadapi cabaran yang sehingga kini tidak ada satu bahagian UMNO pun dibubarkan di Sabah.

"UMNO mampu bertahan kerana parti mementingkan bukan saja ahli  malah  rakyat jelata keseluruhannya yang menilai setiap gerak-geri, tindakan dan keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Sambutan 31 Tahun UMNO bertapak di Sabah di sini hari ini.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagaimanapun mengakui, perubahan zaman membawa bentuk cabaran baharu kepada parti hingga menguji kaedah-kaedah yang digunakan parti untuk mendepaninya.

Menurutnya, kepantasan penyebaran fitnah yang dahsyat melalui media sosial dan internet secara tidak langsung membawa impak persepsi yang dilihat lebih penting berbanding realiti sebenar.

"Namun kesedaran dan kefahaman rakyat kini lebih jelas segala propaganda dan fintah yang dilimparkan terutamanya di media sosial sebenarnya hanya propaganda pembangkang.

"Keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN kembali kukuh setelah kita melihat pencapaian parti dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK).

"Terkini dalam PRN Melaka dan selepas ini kita optimis PRN Johor UMNO dan BN akan mencipta satu kejayaan baharu," jelasnya.

Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan ini berkata, apa juga perubahan persekitaran, UMNO mesti mampu menyesuaikan diri agar kekal menjadi parti yang relevan pada masa kini dan akan datang.

Beliau berkata, rakyat yang akan menentukan masa depan UMNO memandangkan UMNO sebuah parti yang mengamalkan sistem demokrasi.

Bung berkata, meskipun banyak kebaikan yang dilakukan oleh UMNO dan BN namun, cabaran ketika ini amat berbeza kerana rakyat sedang berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

"Rakyat mahu kerajaan yang dapat membantu mereka yang kini hidup terhimpit serta menyelesaikan isu-isu yang tertunggak,” katanya.

Dalam pada itu katanya, UMNO juga tidak  boleh bersandar semata-mata kepada sejarah, tetapi  perlu menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang lahir 75 tahun lalu dan 31 tahun bertapak di Sabah, UMNO perlu  kekal relevan dan menjadi parti pilihan rakyat.

Beliau mahu UMNO menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran kerana sehebat mana pun parti itu jika tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti tetap akan tergugat.

oleh
Siti Aisyah Narudin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054504 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list