CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Borneo] Tiada paksaan vaksinasi kanak-kanak - Ismail Sabri

[Copy link]
Post time 21-2-2022 03:26 AM | Show all posts |Read mode


Tiada paksaan kepada ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ramai ibu bapa menganggap kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak sedangkan ia adalah tidak benar.

"Tidak ada paksaan pada rakyat nak ambil dos penggalak atau kanak-kanak diberikan vaksin. Ia bergantung kepada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin.

"Vaksin dos pertama pun dulu pun ramai yang takut namun lepas itu mereka ambil juga (vaksin). Cuma vaksin untuk kanak-kanak ini benda baharu, jadi ia normal. Ini kerana terlalu banyak cerita bukan-bukan yang tular.

"Kita tak salahkan rakyat. Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beri jaminan kepada ibu bapa, namun ramai ibu bapa yang bimbang. Kita tak paksa rakyat...terserah.

"Tetapi difahamkan semakin ramai ibu bapa hantar anak mereka untuk divaksin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Media melaporkan seramai 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahub sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids, setakat semalam.

Jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir 50,000 orang berbanding kelmarin yang merekodkan 289,912 kanak-kanak atau 8.2 peratus kumpulan usia sama.


credit



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056163 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list