CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 1

[Kedah] Buka kembali sempadan beri harapan baharu pemandu teksi, peniaga

[Copy link]
Post time 20-2-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini.

KUBANG PASU - Cadangan kerajaan untuk membuka semula sempadan negara termasuk sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini memberi harapan baru buat pemandu teksi dan peniaga di sini.

Pemandu teksi, Azman Sharif, 46, berkata, pihaknya menyambut baik hasrat berkenaan yang dilihat mampu mengembalikan semula pendapatan mereka yang teruk terjejas sejak pandemik Covid-19.

Katanya, sebagai pemandu teksi di sempadan pendapatan mereka hanya bergantung kepada pelancong yang keluar masuk ke Thailand melalui pintu Bukit Kayu Hitam.

" Bagi pihak teksi di sini kami beri sokongan penuh sekiranya kerajaan hendak buka sempadan Malaysia-Thailand, ini supaya kami pun boleh cari pendapatan untuk perbelanjaan seharian.

" Sejak pandemik Covid-19, sudah ramai yang terpaksa berhenti bawa teksi, susah sangat hendak dapat pelanggan," katanya ketika ditemui di Stesen Teksi Changlun di sini pada Sabtu.

Menurutnya, besar harapan mereka supaya kerajaan turut melibatkan pemandu teksi sekiranya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi pembukaan sempadan terbabit.

"Kami mohon supaya teksi diguna sebagai kenderaan untuk pelancong bergerak sama ada hendak masuk ke Thailand atau ke mana- mana sahaja lokasi," katanya.

Katanya, pendapatan pemandu teksi terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda negara, sehingga menyebabkan ada antara mereka terpaksa mencari pekerjaan lain.

" Sebelum kerajaan tutup sempadan, Alhamdulillah memang 100 peratus pemandu teksi di sini dapat cari makan.

" Tetapi sekarang sudah jauh beza, selagi sempadan tidak dibuka kami hendak cari makan dengan teksi ni memang susah," katanya.

Wahid Abdul Samad,63 yang hampir 30 tahun bekerja sebagai pemandu teksi berkata, sebelum pandemik dia lazimnya akan menghantar pelancong yang masuk daripada Thailand ke lokasi seperti Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur.

" Masa itu pendapatan memang banyak la, sejak ada Covid-19 memang tak boleh cari makan langsung, duduk tidur saja di stesen ini," katanya.

Sementara itu, pengusaha Restoran Rusni di pekan Changlun di sini berkata, pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand sememangnya membantu meningkatkan pendapatan mereka, namun kerajaan perlu mengetatkan kawalan agar jangkitan Covid-19 tidak berleluasa.

" Kita memang setuju kalau kerajaan nak buka balik sempadan tapi dalam masa yang sama kita takut juga sebab kes tinggi sekarang.

" Tetapi kita harap kalau jadi buka, kerajaan boleh kawal penularan kes yang mungkin berlaku disebabkan aktiviti pelancongan sempadan ini," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di pekan Changlun mendapati beberapa kedai jualan insurans ke Thailand juga sudah tidak beroperasi, kebanyakan mereka gagal dijejak kerana telah bertukar perniagaan lain.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah telah mengemukakan hasrat kepada kerajaan Persekutuan untuk turut serta dalam perancangan pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia berikutan pembukaan semula sempadan itu turut melibatkan kawasan Bukit Kayu Hitam di sini yang bersempadan dengan Sadao, Thailand

Pada Isnin, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis Malaysia dapat membuka pintu sempadan negara

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pembukaan sempadan itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada negara jiran dan negara Asia.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mandu-teksi-peniaga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Patt laa buka...meols rindu pulut ayam siam...dapat makan kat sempadan sadao tu je pon jadi lerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.292166 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list