![](https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/273714118_259099653062310_4309641536807143954_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=s_hsP-xrpeoAX94p3Mi&_nc_oc=AQmO6OjQuHInpUarddq5TiR9BF2sYqLEIBG7s1moaKqSBqycFNlzHl0gLbeRS8ATowo&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT92lrjpEgCpaY80n5ZWzYbrgcCegHk-_bczdM8ATYA60A&oe=621699A6)
![](https://scontent.fkul3-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/274275874_259099663062309_4603685297225706934_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=ebWt4r7GQFYAX8-gS6A&_nc_oc=AQlvLl5W8ALEHQX_v7m3qg4Y_Sa5wFm6IgIbUs_goCLal7c9tV4YTkLbhC7GWPvrqtA&_nc_ht=scontent.fkul3-2.fna&oh=00_AT_F0xttWd-ucF8a_cZd6aFTIhXAKoiWyNOrL1GbysvZoQ&oe=6215EBB0)
COVID-19: 376 kes baharu hari ini, Kuching tertinggi 118 kes
KUCHING: Sarawak merekodkan 376 kes baharu COVID-19 hari ini dengan kes harian tertinggi dikesan di Kuching.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dengan kes baharu itu keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 256,068 kes.
“Daripada kes baharu itu, 370 adalah melibatkan Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan).
“Manakala enam kes melibatkan Kategori 3 hingga 3 iaitu jangkitan paru-paru, jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen dan jangkitan paru-paru memerlukan ventilator,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi daerah pula, JPBNS berkata, sebanyak 24 daerah merekodkan kes harian baharu dengan Kuching tertinggi iaitu 118 kes.
Ia diikuti Miri dengan 80 kes, Sibu (75), Kapit (22), Song (19), Bintulu (14) sementara daerah-daerah lain merekodkan kes harian di bawah 10.
“Hari ini, tiada kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan,” katanya.
Setakat ini tambah JPBNS, tiada kluster baharu direkodkan dan jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak kekal dua.
Dalam pada itu, polis Sarawak mengeluarkan 13 notis kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
JPBNS berkata, kesemua kompaun itu dikeluarkan di daerah Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.
“Sehingga kini sebanyak 13,347 kompaun dikeluarkan polis Sarawak,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/02/19
|