CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 583|Reply: 3

Banyak Kali Ditangkap Pun Tak Serik, Masih Pura-pura Lumpuh Untuk Mengemis!

[Copy link]
Post time 19-2-2022 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengemis di Pekanbaru dalam wilayah Riau ternyata tidak serik selepas berkali-kali ditangkap pihak berkuasa kerana berpura-pura menjadi lumpuh demi untuk mengemis, lapor Suara.com.


Lelaki dikenali sebagai AJ itu sebelum ini pernah ditangkap selepas dia didapati menipu dan boleh berjalan seperti biasa.


Dia kemudiannya dilepaskan pihak berkuasa selepas berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.




Kredit foto: Istimewa




AJ bagaimanapun ternyata tidak serik dan kembali menjalankan operasinya dengan berpura-pura tidak boleh berjalan bagi meraih simpati orang ramai.


Dia turut menggunting rambutnya bagi mengelakkan dirinya daripada dikenali orang ramai.


Selepas videonya menjadi tular, AJ akhirnya ditangkap pihak bekuasa dan dibawa ke pusat perlindungan kebajikan sosial.


“Kami sudah menangkap AJ dan dia telah ditempatkan di pusat perlindungan untuk beberapa ketika,” kata Ketua Jabatan Sosial Pekanbaru, Idrus.


AJ yang dikatakan hidup sebatang kara dilaporkan merantau ke Pekanbaru dan menjadi pengemis kerana kesempitan hidup.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelly ng?


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg spesis menipu ni, lepas tangkap kasi sebat satu kali. Senang je
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgi je dia cacat betul2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.200503 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list