CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1725|Reply: 17

'Sedih Tapi Saya Maafkan Netizen, Mereka Tiada Dosa Dengan Kami'

[Copy link]
Post time 19-2-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun sedih dengan segala tohmahan yang diterima,keluarga pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di sebuah tanah perkuburan semalam, memaafkan semua warganet.


Anak pemandu kereta tersebut, Mohd Syafiq Sidek, 29, berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu, namun sekiranya terdapat pihak termasuk media dilihat cuba menabur kebencian, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


“Mengenai netizen dan orang ramai yang komen itu semua, saya seikhlas hati memaafkan semuanya, mereka tiada dosa dengan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.




Perodua Myvi yang terbabas dan melanggar beberapa buah kubur dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Seremban semalam.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL.





Semalam, Utusan Online melaporkan, seorang wanita yang memandu kereta Perodua Myvi pitam sehingga terbabas memasuki Tanah Perkuburan Islam Forest Height di Senawang


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kemalangan itu berlaku pada pukul 10 pagi selepas wanita berusia 60 tahun itu selesai menziarahi kubur suaminya.


Jelas beliau, ketika hendak bergerak keluar dari tanah perkuburan tersebut, pemandu Perodua Myvi itu mengalami kekurangan gula dalam darah sebelum pitam.


Sementara itu, Mohd Syafiq turut mengakui dia dan keluarga termasuk ibunya agak sedih dengan kecaman yang diterima susulan kejadian yang berlaku.


“Kami sekeluarga melalui peristiwa yang sukar pada tahun lalu apabila kehilangan bapa akibat Covid-19, kemudian ibu saya mahu kutip semula kekuatan tersebut namun diuji lagi dengan kemalangan begini.


“Kemalangan ini perkara biasa, benda kecil sahaja dan ia telah diselesaikan, cuma kata-kata cacian, makian di media sosial dan dikongsi banyak kali, itu yang buat kami jadi sedih,” katanya.


Menurutnya, ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih dalam keadaan bersedih, tertekan dan terkejut ekoran kejadian berkenaan.


“Sudah menjadi rutin ibu sejak bulan Januari lalu iaitu selepas habis idah, dia menziarah kubur arwah bapa.


“Ketika kejadian, ibu datang seorang dan sudah mahu pulang, tetapi entah bagaimana dia pitam dan selepas sedar, kereta sudah berada di atas kubur,” katanya yang turut memberitahu isu ganti rugi kepada waris kubur yang mengalami kerosakan telah diselesaikan.




Sumber: UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 11:48 AM | Show all posts
Dalam keadaan tak sihat emosi tak stabil patutnya jangan benarkan dia memandu sendiri bimbang kalau jadi macam dalam kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik langgar batu nisan dari hentam orang tepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 11:56 AM | Show all posts
area situ mmg takde parking sbb tepi jalan besar, so kena masuk parking dalam pagar. alhamdulillah dah diselesaikan cara baik. umur makcik pun dah lanjut, lepas ni better jgn drive sorang2. bahaya bagi pemnadu warga emas. nasib langgar kubur. buatnya langgar orang. takut ada yag kehilangan nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa thread kisah myvi masuk kubur ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhh orang malaysia kan sesetengahnya mangkuk sikit perangai..bergurau katanya, jgn pembaris sgt..suma bnde nk buat kelakar, xde otak betul..baik yg muda n tua nk mampus, sama je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2022 03:12 PM | Show all posts
hypoglycemia eh?

adik aku ada. tapi entah la, kadang2 confuse dengan symptom anaemia dia.
dia pernah cakap, tiba2 je nanti semua beransur gelap. mata dia terbukak, tapi hitam, telinga pun tak dengar apa. kalau dia berdiri, badan lemah, jatuh. macam pengsan gitu. tapi mata terbukak
dalam beberapa saat dia ok balik, bangun macam biasa

kitorang panggil connection dia buffer
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah... next time jangan bagi lagi your mum drive. Kalau perlu sangat keluar and semua orang sibuk, call grab je. Syukurlah dia accident langgar batu nisan. Kalau langgar manusia lain??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 04:01 PM | Show all posts
anak2 kena usaha jgn bagi dah ibunya drive selagi tak sihat (emotionally). syukur kali ni langgar kubur, kalau langgar org menyesal sampai ke mati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
“Kemalangan ini perkara biasa, benda kecil sahaja dan ia telah diselesaikan


eh noreen apa hanat sangat ko ni boleh kata kemalangan tu perkara biasa, bende kecik? so kalau mak ko yang kena langgar atau mak ko yang langgar orang pon ko boleh cakap benda biasa benda kecik jah hah noreen? ko hengat langgar orang tu benda kecik takat cam langgar anak2 noreen sesat tepi jalan ke hah noreen? ko ni memang nak sangat dilanggar lori noreen kah sebab ko rasa tu benda kecik benda biasa jah kan hah noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 09:10 PM | Show all posts
Kad OKU - orang cina
Kad mabuk - orang india
Kad dadah dan latest: kad sakit jantung & kad hypoglecimia - orang melayu

Apa lagi kad2 yg boleh diguna ya untuk justifkasi/stigmata masyarakat kita la ni?
Sila update accordingly.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:38 AM | Show all posts
moga dpermudahkn urusan mereka sekeluarga..
kekdg pns sgt pn bole pitam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:09 AM | Show all posts
takyahla salahkan anak die. org tua ni kekdg ada yg degil, anak dah larang pun taknak ikut.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 11:33 AM | Show all posts
hypo memang bahaya...aku klu hypo otak jd blank sekejap, jantung laju & berpeluh...dlm kes makcik ni dia sampai pitam, bermakna gula dia memang rendah betul, silap2 bawah 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 11:41 AM | Show all posts
engkauorang mak sendiri pun tak boleh nak handle, nak arahkan anak orang lain buat itu ini pulak..

maknya tu pergi hari jumaat...hari bekerja...nanti anak tak kerja engkau juga yang kata anak tak guna..nak suruh ambil grab sana bukan KL grab ada setiap masa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 12:01 PM | Show all posts
Aku boleh terima sbb hypo jadi mcm ni

A low blood sugar level, also called hypoglycaemia or a "hypo", is where the level of sugar (glucose) in your blood drops too low.
It mainly affects people with diabetes, especially if they take insulin.
A low blood sugar level can be dangerous if it's not treated quickly, but you can usually treat it easily yourself.
Symptoms of a low blood sugar level
A low blood sugar level can affect everyone differently. You'll learn how it makes you feel, although your symptoms may change over time.
Early signs of a low blood sugar level include:
sweating
feeling tired
dizziness
feeling hungry
tingling lips
feeling shaky or trembling
a fast or pounding heartbeat (palpitations)
becoming easily irritated, tearful, anxious or moody
turning pale
If a low blood sugar level is not treated, you may get other symptoms, such as:
weakness
blurred vision
confusion or difficulty concentrating
unusual behaviour, slurred speech or clumsiness (like being drunk)
feeling sleepy
seizures or fits
collapsing or passing out
A low blood sugar level, or hypo, can also happen while you're sleeping. This may cause you to wake up during the night or cause headaches, tiredness or damp sheets (from sweat) in the morning.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 12:02 PM | Show all posts
Yg ada diabetic
sila selalu bwk gula2 pegi mana2
dlm keadaan rasa nak hypo
sila makan gula2
klu kat rumah ada family member hypo
sumbat mulut dia dgn gula dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 12:04 PM | Show all posts
dah ade kencing manis.. awat g puasa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054418 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list