CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 18

Tanggung Hutang, Catu Belanja Harian- 100 Pekerja Pembersihan Sekolah Mogok Tak Dibayar Gaji

[Copy link]
Post time 18-2-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Sabak Bernam – Lebih 100 pekerja pembersihan melibatkan 19 sekolah di daerah ini menuntut tunggakan gaji yang didakwa tidak dibayar dua syarikat sejak November lalu.


Tunggakan selama empat bulan oleh syarikat pembersihan itu mengakibatkan mereka kini tertekan akibat menanggung bebanan hutang dan perbelanjaan harian keluarga.


Wakil pekerja itu, Osman Utut, 46, berkata, syarikat lantikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam berkenaan dituntut membayar gaji bulanan mereka berjumlah RM1,000.


Foto: Kosmo




“Pada hujung bulan lalu, kami sudah menghantar surat kepada PPD namun masih tiada maklum balas dan hari ini saya bersama lebih 100 pekerja hanya mahu penjelasan dan penyelesaian terbaik bagi memastikan kebajikan kami mendapat pembelaan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan surat tuntutan di PPD itu, hari ini.


Terdahulu, seramai 42 pekerja pembersihan menyertai demonstrasi aman di luar kawasan itu dengan turut dikawal ketat sepasukan polis.


Bagi pekerja ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Fiza, 42, tunggakan gaji membuatkannya terpaksa menanggung hutang selain terpaksa mencatu perbelanjaan harian.


Sementara itu, Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), S. Koyilvan menuntut pihak berkaitan mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikan tunggakan gaji berkenaan yang jelas melanggar Akta Kerja 1995.


Dalam pada itu, jurucakap PPD Sabak Bernam ketika dihubungi mengesahkan menerima surat tuntutan berkenaan dan akan meneliti secara terperinci mengenai perkara tersebut. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 05:03 PM | Show all posts
kesiannya
dah la gaji nya kecik.. xbayar plak
nak makan apo
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati..sekurang2 kalau kerja kat swm leh gak sambil2 jual barang kitar semula....cleaner sekolah nie kesian
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Keringat orang kau perah, tenaga mereka kau tak bayar! 4 bulan bukan 4 hari! Tak kesian pada mereka dan keluarga yang perlu ditanggung ke?

Semoga nasib mereka terbela...

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Company mana ni?
Dilantik.oleh ppd
Kroni ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Just nak kongsi lah kan sbb nih apa yg aku nmpk ...mereka pekerja pembersihan....tapi bukan itu aje kerja mereka.....bukan hanya sapu koridor..basuh bilik air...mereka2 ini juga yg tukang angkat meja kerusi pelajar utk spm...tukang angkat barang2 almari berat...kesian sgt ..diarah itu ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2022 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kpm ker ppd ker boleyh kot masuk campur. Hampeh punya kampeni, dah lah acik2 nieyh penat dengan segala benda nak kena bersih kat sekolah tuew, pengetua/guru besar banyak cekadak, cikgu2 lagi banyak komplen. Iols tengok deols buat keje pon penat. Lagi nak tangguh gaji, gaji dah lah kecik. Makanlah uols peruntukan harom ittuew.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita yg cukup masa masuk gaji ni pon kenkadang menghitung hari nk tunggu masuk gaji stp bulan. Aku boleh bygkan betapa seksanya kalau smpi 6 bulan xmasuk gaji.. mmg x berasap dapur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 08:58 AM | Show all posts
jahat la company yang buat mcm ni, takde perikemanusian langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya payment akhir tahun ni, kewangan proses awal n bayar in advance sebelum gomen tutup akau
ie. payment bulan nov n disember dibayar sekali.
Mesti company songlap awai ni, rolling duit pi bisnes lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 12:47 PM | Show all posts
Moga nasib mereka segera mendapat pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Syaiton nya perangai majikan tu ya. Ko da kerah tenaga pekeja lepstu tanak bayar.. melingkup la majikan mcmni hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. hanat sungguh la mna2 yg x bayar gaji org ni.. nak makan apa diaorg x ada gaji
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yahampun.. terkeluar jugakle mindset bodo certain forummer. Masalah antara pekerja pembersihan dgn ppd & company tu, yg sampai melibatkan sekolah dah kenapa.. tak semua sekolah yg paksa pekerja pembersihan angkat meja masa spm, sekolah iols elok je suruh bebudak spm & stpm tu je angkut kerusi meja. Masa kelas kena ikut jumlah yg dtetapkan sop pun sama, minta student je angkut. Sbb pengetua mmg tahu bidang tugas setiap pekerja dia termasuk yg keje swasta.

Yg nak kutuk cikgu byk komplen tu lg satu, lagi bongok. Yg salah tu antara ppd & company tu pun. Iols pun hairan napa dh lama terima surat tu dah lebih 2 minggu kot, takkan still jawab nak siasat dgn teliti bagai. Kalo betul gaji dh tak byr 4bln tu mmg something lh, iols saspek ppd tu bmasalah. Sbb sampai 2 company xbyr gaji pekerja n deyols mogok depan ppd.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji depa dah la kecik, berbulan tertunggak
Stress ooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnnaSendin at 20-2-2022 09:48 AM
belacan_gurl replied at 18-2-2022 10:29 PM
Just nak kongsi lah kan sbb nih apa yg aku nmpk ...mereka pekerja pembersihan....tapi bukan itu aje  ...


Yer belacan. Ader pulak porumer kata tak semua cikgu macam tuew. Tak semua tatap ada kan? Dah berapa banyak sekolah iols mengajar, semua sekolah tuew biler nak buat majlis ker, spm ker, deols panggil pekerja pembersihan susun kerusi meja. Tak betul, komplen. Sedikit sebanyak cikgu pon failed memahami tugas sebenar pekerja pembersihan. Kalau sekolah sorang forumer jur macam tuew, sokayy lah. Tapi heshe janganlah merentan tanak sekolah dikutuk kerna banyak komplen dengan pekerja pembersihan. Iols cakap based on pengalaman kerja di banyak sekolah dan rasa simpati pada acik2 nieyh kerna gaji setara ittuew tapi keje macam2 kena buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 18-2-2022 07:59 PM
Keringat orang kau perah, tenaga mereka kau tak bayar! 4 bulan bukan 4 hari! Tak kesian pada mereka  ...

Dh ikut contract... Tak guna service tak de lah bayar.. Itulah, time buat contract nk kira sangat untung sebelah pihak.. Yg part contractor nk tanggung tak ambik kira.. Bila isu tak bayar gaji... Letak bulat2 salah pihak contractor..
Sebagai majikan.. Nk korek mana, klu biz closed.. Time pandemic tu. 1st masa pandemic tu boleh la tahan bayaran jugak gaji pekerja walau closed kejap..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 20-2-2022 09:46 AM
Yer belacan. Ader pulak porumer kata tak semua cikgu macam tuew. Tak semua tatap ada kan? Dah bera ...


Yessszaaaaaaa....sbb mmg berlaku dimata sendiri....agak x percaya sikit bab suh pelajar sendiri angkat meja semua... seriously??? Sekolah mana tu ...pelajar x dibenarkan utk buat keja berat...4 sekolah aku keja....semua xkan guna kederat student...nih yg makcik pakcik pembersihan nih yg tukang angkut semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 20-2-2022 07:24 PM
Yessszaaaaaaa....sbb mmg berlaku dimata sendiri....agak x percaya sikit bab suh pelajar sendiri an ...

Masa bukak sekolah dolu, kesian betul iols tengok acik2 nieyh angkut meja kelas yang lebih2 bawak ke stor. Bayangkan betapa banyak meja tuew. Iols tolong2 jugak sebab masa tuew iols jadi guru kelas dan kena datang sekolah, gotong-royong. Pekerja pembersihan berapa orang jurr satu sekolah. Dah lah dah tua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.215215 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list