CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 0

WhatsApp Akan Papar Di Status, Tanda-tanda Untuk Pengiklanan Di Whatsapp?

[Copy link]
Post time 18-2-2022 02:26 PM | Show all posts |Read mode
WhatsApp baru-baru ini melancarkan WhatsApp Status mereka tersendiri kepada pengguna aplikasi WhatsApp, sekaligus memperlihatkan ia kepada semua orang untuk memberitahu tentang ciri yang membolehkan orang ramai menyertai panggilan video yang sedang berlangsung dengan mudah.

kredit foto: Mashable



Petikan dari Amanz, ia turut mengintergrasikan pautan ringkas pada WhatsApp Status berkenaan dan akan membawa pembaca ke halaman web yang diletakkan di dalam status itu.



Buat masa sekarang, ciri integrasi pautan dalam WhatsApp Status masih belum tiba dalam versi umum.


kredit foto: Amanz



Difahamkan, ini mungkin satu cubaan WhatsApp dalam melihat bagaimana pengiklanan pada platform mesej itu akan beroperasi memandangkan aplikasi itu
tidak menjana wang sepenuhnya melalui platform permesejan mereka, sebaliknya beberapa pendapatan yang dijana adalah menerusi penawaran perusahaan dan API (Application Programming Interface) mereka.

Dengan pelbagai perkara berlaku di dalam dunia Metaverse sejak kebelakangan ini, tidak mustahil kita akan melihat iklan dipaparkan di WhatsApp Status pada masa akan datang. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list