"Lepas dah tolong, sama-sama susah, support laki. Bila laki dah kaya, lupa diri cari perempuan lain!"
Demikian hantaran Syura Badron di Instastorynya. Marah betul dia sampai "Rasa nak disunatkan buat kali kedua je rasa," katanya.
Kredit foto: IG
Siapakah yang dimaksudkan Syura? Adakah ia ditujukan buat orang terdekat dengannya?
Enggan orang ramai terus berteka-teki, apatah lagi membuka ruang haters untuk berkata yang bukan-bukan mengenainya, penyanyi itu membuat satu lagi hantaran menjelaskan maksud sebenar hantarannya itu.
Kredit foto: IG
Difahamkan, hantarannya itu hanyalah bertujuan menasihati golongan lelaki supaya tidak lupa diri hingga mencurang dan mencari perempuan lain sekiranya berjaya dalam hidup.
"Kononnya dah 'mampu'. Aku hempuk nanti," ujarnya.
Kredit foto: IG
Eh, takkan lah tiba-tiba buat story kalau tiada angin, tiada ribut kan? - CARI |