CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46984|Reply: 396

EDISI TUMBOK SAMBAL (18SX): Ebit perlu 'diservis' 7x sehari, layanan isterinya tidak cukup- Saksi ke 9

[Copy link]
Post time 18-2-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 31-8-2024 07:21 PM

Dikemaskini....
27, Ogos 2024

TENOM: Saksi kesembilan iaitu pengadu memberitahu mahkamah bahawa sejak awal Ebit Lew memang pernah mengadu dia mempunyai masalah seksual keterlaluan iaitu lebih tujuh kali sehari.

Saksi yang dirahsia namanya menyatakan Ebit mengadu tentang masalah tersebut melalui panggilan telefon dan pendakwah itu juga memberitahu layanan daripada isterinya tidak cukup.

“Dia memang pernah mengadu. Dia ada hubungi saya dan beritahu perihal seks. Saya bertanya kenapa keterlaluan..kenapa dia ada keinginan seks yang tinggi, adakah dia ambil pil.

“Tapi, Ebit menjawab, dia tidak mengambil pil dan mengaku memang kuat dan perlukan seks lebih tujuh kali sehari. Tapi Ebit memberitahu isterinya tidak mampu,” katanya semasa memberi keterangan pada sesi pemeriksaan balas di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Dalam keterangannya, saksi sama menolak andaian peguam bahawa Ebit tidak pernah mengadu masalah seksual keterlaluan tersebut tetapi semuanya sekadar idea saksi untuk menjatuhkan reputasi Ebit.

Kata saksi itu lagi, Ebit memang pernah memberitahu mengenai masalah berkenaan kepadanya dan keterangan yang diberikan bukan daripada imiginasinya.

“Ebit yang cakap dan saya rasa dia pernah tulis dalam bentuk teks. Malah, dia pernah beritahu yang isterinya tahu dia selalu berada dalam bilik kosong untuk beronani. Tapi, isterinya tidak tahu dia telefon orang lain,” katanya.

Mengenai soalan peguam berkaitan jawapan saksi yang berkisar tentang seks, saksi memberitahu bahawa dia hanya menjawab apa yang ditulis oleh Ebit tetapi tidaklah keterlaluan seperti teks yang dihantar oleh Ebit.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.




---------------------------------------


TENOM, 18 Februari - Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew, 38, didakwa ke Mahkamah Majistret Tenom hari ini atas 11 pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual terhadap seorang perempuan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

"Ebit Lew dituduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatasapp.

"Kesemua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom dan semenanjung antara bulan Mac 2021 hingga Jun 2021 melibatkan mangsa berumur 21 hingga 40 tahun," katanya dalam sidang media di sini.

"Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

"Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Jabatan penguam Negeri Sabah, Muhamad Ilmami Datuk Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Menurutnya, jika disabitkan kesalaham tertuduh boleh dihukum dengan hukum penjara sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan dengan lancar.

Kira-kira jam 9 pagi tadi Ebit Lew tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire yang ditemani sekumpulan individu lain.

Perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi dan petugas media juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di perkarangan.

Pada 3 Februari lalu, polis mengesahkan kertas siasatan terhadap Ebit di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan.

Polis membuka kertas siasatan terhadap Ebit Lew susulan menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa dia melakukan gangguan seksual.

Susulan itu, polis bertindak membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/35075-ebit-lew-didakwa-atas-11-pertuduhan-gangguan-seksual-2

--------------------

Dalam pada itu, pendakwah berusia 37 tahun itu mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah tidak berasas dan melampau selain bertujuan mahu menjatuhkan kredibiliti beliau.

Dakwanya lagi, pertuduhan yang dihadapi di mahkamah pada Jumaat adalah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.

Dalam hal ini, orang ramai seharusnya tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung pendakwaan kes supaya prosiding di mahkamah tidak terganggu.

Perkara sebaiknya adalah menyerahkan urusan kepada mahkamah untuk menegakkan undang-undang seadilnya sama ada kepada yang dituduh dan juga kepada pengadu.
https://www.msn.com/en-my/news/berita/apa-jadi-dengan-ebit-lew/ar-AAU372B










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 12:43 PM | Show all posts
omg calling kaka @trexxxxxi

iols masih tak boleh lupa yach scene lesung batu di tayang betul2 depan kamera sampai penonton semua menjerit... siap ada sesi demo menumbuk sambal nak buat nasi goreng...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 05:19 PM | Show all posts
rengsa baca komen2 fb..awat diorg tu tak leh pikir rasional ke ha..tak abis2 pitnah, nak jatuhkan imej Islam la. ebit tu saspek boleh pulak dia bg statement ada pihak nak jatuhkan maruah dia caittt. dah didakwa tu maksudnya ada kes la..ada pengadu dan yg dituduh..bukan pendakwaraya saja2 bagi hang buka kes. doa je la keadilan berpihak pada yg sepatutnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini dilaporkan bahawa Ebit Lew dihadapkan di mahkamah, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk gangguan seksual.

Banyak reaksi orang awam. Ada yang menunggu keadilan sewajarnya dan ada yang mempersoalkan tentang prosedur dakwaan dan mempertikaikan perundangan.

Bagi sesuatu laporan polis, kenapa ada kes yang dituduh ke mahkamah, ada yang tidak diteruskan. Apa perbezaannya? Saya terangkan, bagaimana perjalanan aduan laporan polis sehinggalah pendakwaan di mahkamah.

Apabila seseorang mangsa membuat laporan polis bagi kesalahan seksual. Bukan terus-menerus polis akan buat keputusan. Polis teliti dahulu sama ada terdapat elemen jenayah. Ini selaras dengan Seksyen 107, Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Kemudian kertas siasatan akan dibuka. Polis pun akan menyiasat. Bagaimana cara siasat? Polis akan mengumpul bukti, mengikut kes. Kalau kesalahan jenayah seksual itu dibuat secara menghantar gambar lucah, maka yang menjadi bahan bukti adalah telefon bimbit.

Kalau berlaku serangan seksual di sesuatu tempat, maka siasatan akan dibuat dengan meneliti kawasan tersebut. Jika ada CCTV, rakaman CCTV akan diambil. Jika ada saksi, keterangan saksi akan dipanggil.

Ini kita panggil proses menyiasat. Proses ini bukanlah bertujuan menghukum tetapi aduan setiap orang tentang kesalahan jenayah perlu dilakukan. Ada bukti atau tidak tertakluk kepada siasatan. Kalau semua aduan tidak diambil berat, maka makin berleluasa jenayah di Malaysia.

Jika ada berlaku jenayah seksual, pihak polis akan mengenal pasti jenis kesalahan jenayah yang bersesuaian dengan Seksyen dan Akta Kesalahan.

Jenayah seksual ini ada banyak kategori, ada rogol, ada cabul dengan menggunakan kekerasan jenayah, ada perbuatan, perkataan, gerak isyarat atau visual yang menganggu privasi dan kesucian seseorang, ada kesalahan bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan pelbagai lagi.

Contoh, jika aduan itu adalah bagi cabul dengan menggunakan kekerasan jenayah bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jadi siasatan perlu menunjukkan si pelaku telah dengan kekerasan jenayah sama ada, meraba, mencium atau apa-apa perbuatan terhadap mangsa sehingga mencabut kehormatan seseorang ‘outrage the modesty’.

Jika sekiranya dibuktikan bahawa perbuatan itu tiada elemen kekerasan jenayah. Bercium suka sama suka. Terdapat bukti pula, ada pesanan Whatsapp ‘Terima kasih sayang untuk petang ini’.

Tiba-tiba bergaduh dengan kekasih dan dibuat laporan polis kononnya dia dipaksa bercium dan pelaku telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Maka, bukti Whatsapp ini bakal mematahkan siasatan dan dakwaan di mahkamah.

Melainkan jika ada pemfaktoran mangsa adalah kanak-kanak, elemen suka sama suka ini tidak wujud jika mangsa kanak-kanak. Dianggap kanak-kanak ini telah dipengaruhi orang dewasa. Jadi tolong jangan jadi keji hendak sexual grooming kanak-kanak dan ajar mereka konsep suka sama suka. Keji!

Jadi selepas melakukan siasatan dan cuba mencari pembuktian serta keterangan berdasarkan elemen jenayah dan kertas siasatan adalah selesaikan, kes ini akan diserahkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk izin memulakan pertuduhan kes di mahkamah.

Pendakwaraya pula akan meneliti kertas siasatan. Jika Pendakwaraya beranggapan, ada elemen tetapi tidak cukup bukti, barangkali Pendakwaraya akan meminta bukti lanjut. Jika bukti serta keterangan tidak kukuh untuk membuktikan kes jenayah, kes ini bakal diklasifikasikan sebagai 'NFA' (No further action).

Jika terdapat elemen jenayah dan bukti kukuh dan boleh dibicarakan di mahkamah, tuduhan ini akan dihadapkan ke mahkamah dan tertuduh boleh membela diri.

Masih belum bersalah lagi. Ada pembelaan oleh tertuduh. Cuma setakat kes dituduh di mahkamah itu telah terdapat elemen-elemen jenayah yang dipenuhi tetapi subjek kepada pendakwaan dan pembelaan di mahkamah.

Menurut laporan tahun lalu,  polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sesyen 509 KK adalah bagi kesalahan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Contoh menghantar bunyi, isyarat, perkataan atau bunyi berbentuk lucah.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, menggunakan applikasi atau rangkaian (internet) dengan cara lucah, jelik, sumbang palsu.

Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula adalah bagi kesalahan menggunakan perkataan-perkataan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina.

Tertuduh boleh membela diri. Begitulah prosesnya.

Oleh Nor Zabetha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum adanya kes ambang seks ni.. aku mmg x berkenan dgn Ostad ni..... penah cuba bersangka baik.. aku ikut live dia.... siap nak take note ilmu2 yg dia ingin kongsikan...

Tapi keciwa... ceramah yg tiada isi sgt... hanya cerita2 yg boleh disampaikan oleh org2 biasa yg tiada ilmu agama yg kuat pun...

Asyik2 ulang.. dulu sy susah... buat baik pada ibu ayah... rezki dia menambah2... x de cerita2 dari hadis.. x de quote surah2.. hmmmm... pastu ceramah yg mcm main tembak je...  "yg pertama.. kemudian yg kedua.." pastu lost point ke berapa..sebab menerawang ke cerita2 lain dah... pastu dia ada habit kelik2 mata... rasa mcm anoyying a bit...

Pastu bila dia buat ceramah kasih sayang laki bini.. apa nama tu.. yg acik2 next door suka share kat fb sambil tag laki masing2.. atau share utk sindir laki masing2.. dah la nak join course tu byr ratus2... pastu ko "jual" pulak cerita aib mereka di youtube demi content dan views... bagi aku perbuatan itu sgtlah JIJIK...

Pastu ayat2 fb sy sedih sebak sayu... saya..saya..dan saya.. menguap skala 80 weh.....

Tapi dulu kat porem x leh nak kutuk dia.... kena cerca nanti....

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahh saiyanggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 12:35 PM | Show all posts
takper ...ramai sayang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ALHAMDULILLAH

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 pesbukk dok meratib mendoakan yebitt yg teraniaya katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:44 PM | Show all posts
kes lama ke kes baru nie??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai penyokong setat ni..wlpn beratus2 pertuduhan sekalipon. Ni pitenah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:46 PM | Show all posts
ninjago replied at 18-2-2022 12:44 PM
kes lama ke kes baru nie??

tahun lepas kot sebab tahun ni heols kurang aktif...
kes yang islamkan penduduk bajau demi content tu pun masuk sekali rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 18-2-2022 12:43 PM
omg calling kaka @trexxxxxi

iols masih tak boleh lupa yach scene lesung batu di tayang betul2 depan ...

Terjalin kembali ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:52 PM | Show all posts
sayuuuuuuuuuuuuuuuuuu hatiiiiiiii nengok nya........
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:52 PM | Show all posts
11 pertuduhan ?? hmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
11 pertuduhan ini dekat Sabah je.. yg kes semenanjung belum panggil Lagi kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah sayang muah muah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak norr penyokong dia kt pesbuk...pitnah la bla bla bla.. Deyyy biar makamah tentukan la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah. 11 pertuduhan. Kita tgk komen2 Usop2 ni semua. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ramai cakap fitnah akhir Zamannn dunia nk kiaamaatt ahli agamawan kene fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
1 lg berita baik hari ni. Semoga kebenaran terbuka
Acik pesbuk confirm meroyan cm mati laki
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti keluar la fatwa2 "fitnah akhir zaman" oleh pentaksub2
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sebak sayu baca berita ni..
Masa kecik saya.. susah.. x da duit nak beli surat khabar.
Tp skrg berita sohor kini boleh dibaca di laman sesawang.
Sedih pilu. Kawan2 saya turut sedih.
Menangis. Kawan keapada kawan sy pun sedih. Kami menangis bersama2.
Tak dapat tidur malam.
Mcm mana seorang yg mulia menderma duit sendiri
1 juta lebih difitnah sampai begini.
Ramai org nak ambik gambar dgn saya, sebab sy bg baca jugak berita sohor kini ini.
Kami sebak sayu bersama.
Allah sayang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.094532 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list