CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1139|Reply: 4

Saya rindu 2NE1 yang pernah popular, disebut-sebut – CL

[Copy link]
Post time 18-2-2022 12:07 PM | Show all posts |Read mode

CL

Saya rindu 2NE1 yang pernah popular, disebut-sebut – CL

SELEPAS mengambil keputusan keluar agensi YG Entertainment rentetan pembubaran kumpulan 2NE1, penyanyi CL terus cemerlang mencipta nama sebagai penyanyi solo.

Tidak dinafikan, sebelum itu ramai yang mengenali CL menerusi lagu hit kumpulannya sekitar sedekad lalu antaranya I Am The Best dan Fire.

Terbaharu, dalam temu bual bersama stesen radio KIIS FM, CL mendedahkan perbezaan paling ketara bergelar artis solo dan menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan 2NE1 sebelum ini.

“Perbezaan paling ketara adalah dari segi semangat kesemua ahli kumpulan sebelum kami melangkah naik ke atas pentas membuat persembahan.

“Saya betul-betul merindui setiap inci momen tersebut. Saya rindu 2NE1 yang pernah popular dan disebut-sebut satu ketika dahulu,” luahnya.

Sekadar info, CL yang juga merupakan penyanyi rap memulakan debut bersama tiga lagi rakannya dalam kumpulan 2NE1 pada 2009 sebelum dibubarkan lima tahun lalu.

CL kemudiannya meninggalkan YG Entertainment dan memberi tumpuan untuk karier solonya.

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... r-disebut-sebut-cl/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 02:20 PM | Show all posts
Yang pasti zaman kegemilangannya dulu dah tak akan kembali seiring timbulnya macam2 kumpulan baru bak cendawan selepas hujan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 06:44 PM | Show all posts
Zaman kegemilangan sudah berlalu sis....tapi CL punya solo album byk lagu2 best cuma tontonannya x mcm mv group2 KPOP skg....mungkin remaja2 purba (termasuk ceq) yang masih ikuti perkembangan depa dan dgr muzik depa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu 2NE1 jgk.. Best2 lagunya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 04:13 PM | Show all posts
aku suka lagu comeback home tu ... sampai skrg favret
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057914 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list